Harian Metro

Ugut, cekik, buang

Arab Saudi dikatakan sedang merangka ‘versi terbaru’ memperinci­kan kematian Jamal Khashoggi

-

Berikutan tekanan antarabang­sa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan cara kematian Jamal Khashoggi, Arab Saudi dikatakan sedang merangka versi terbaru memperinci­kan bagaimana wartawan itu mati.

Versi terbaru itu yang menurut pegawai Arab Saudi, termasuk pembabitan 15 orang dalam pasukan yang dihantar ke Istanbul pada hari kehilangan Khashoggi 2 Oktober lalu, yang mengancam mangsa, memberi dadah dan membunuhny­a dengan dicekik dari belakang apabila Khashoggi melawan.

Seorang anggota kumpulan itu dikatakan memakai pakaian Khashoggi agar kelihatan seperti mangsa meninggalk­an konsulat.

Selepas dua minggu menafikan pembabitan dalam kehilangan kolumnis Washington Post itu, Sabtu lalu, Arab Saudi akhirnya mengakui Khashoggi, 59, terbunuh dalam pergaduhan ketika soal siasat dalam konsulat.

Sejam kemudian, seorang pegawai Arab Saudi menyatakan mangsa mati akibat dicekik dari belakang.

Pihak berkuasa Turki mengesyaki mayat Khashoggi yang banyak mengkritik kerajaan Putera Mahkota Mohammed bin Salman itu ‘dicincang’, namun menurut Arab Saudi, mayat mangsa dimasukkan ke dalam gulungan permaidani dan diserah kepada kumpulan samseng tempatan untuk dilupuskan.

Menurut Reuters, apabila ditanya kenapa versi kematian Khashoggi sering berubah, pegawai berkenaan berkata, kenyataan kerajaan sebelum ini berdasarka­n ‘laporan palsu ketika itu’.

“Apabila mendapati laporan berkenaan palsu, kerajaan melancarka­n siasatan sendiri dan menghalang sebarang kenyataan kepada umum,” katanya.

Riyadh menghantar pegawai kanan kerajaan iaitu Gabenor Makkah yang amat dipercayai Raja Salam (bapa Putera Mahkota) ke Istanbul bagi menangani isu itu, termasuk penubuhan pasukan siasatan bersama dengan Turki.

Menurut versi terbaru yang bakal diumumkan, kerajaan mahu memujuk Khashoggi yang tinggal dalam buangan di Washington sejak setahun lalu, supaya pulang dalam kempen menghalang rakyat Arab Saudi daripada dipergunak­an negara musuh.

Pegawai berkenaan berkata, sehubungan itu, Timbalan Pengarah Perisikan, Ahmed al-Asiri, membentuk pasukan 15 anggota dari agensi perisikan dan tentera untuk ke Istanbul bertemu Khashoggi di konsulat bagi memujuknya pulang ke Arab Saudi.

Pasukan itu merancang menahan Khashoggi di sebuah rumah dekat Istanbul untuk satu tempoh, namun akan membebaska­nnya jika dia tetap enggan pulang.

Namun, menurut pegawai itu keadaan bertukar menjadi tidak terkawal apabila anggota pasukan berkenaan melampaui batas dan menggunaka­n kekerasan.

Seorang anggota pasukan itu, Maher Mutreb, memujuknya supaya kembali ke Arab Saudi, namun Khashoggi enggan dan memberitah­u seseorang yang berada di luar konsulat akan menghubung­i pihak berkuasa Turki jika dia tidak keluar dalam masa sejam.

Tunang Khashoggi, Hatice Cengiz berkata, Khashoggi menyerahka­n dua telefon bimbitnya dan memberi arahan menghubung­i seorang pembantu Presiden Turki jika dia tidak keluar.

Muteb kemudian memberitah­u Khashoggi, mereka akan menculikny­a dan memberinya dadah jika dia enggan mengikut arahan mereka.

Apabila Khashoggi meninggika­n suara membantah, pasukan itu panik dan memegangny­a dengan mengunciny­a daripada belakang serta menutup mulut.

“Mereka cuba menghalang­nya daripada menjerit, namun dia mati,” kata pegawai itu.

Selepas mayat mangsa dibawa keluar dan diserahkan kepada ‘samseng tempatan’, pegawai berkenaan memberitah­u pakar forensik, Salah Tubaigy, membersihk­an tempat kejadian.

 ??  ?? AKTIVIS berpakaian sebagai Putera Mahkota Saudi Mohammad bin Salman dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersalaman ketika demonstras­i menyeru sekatan terhadap Arab Saudi serta membantah kehilangan Jamal Khashoggi. - Reuters
AKTIVIS berpakaian sebagai Putera Mahkota Saudi Mohammad bin Salman dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersalaman ketika demonstras­i menyeru sekatan terhadap Arab Saudi serta membantah kehilangan Jamal Khashoggi. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia