Harian Metro

‘HARAP TEMUI KEPALA ADIK...’

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@nstp.com.my

„ Luahan abang mangsa ketujuh tertimbus ketika menuntut dan pengecaman jenazah

Georgetown

“Saya harap kepala adik dapat ditemui namun ibu di kampung memberitah­u mereka tidak kisah walaupun hanya badan dapat dibawa pulang,” kata Khaliluddi­n Akhbar Ali, 43.

Khaliluddi­n ialah abang kandung kepada Md Abdul Jalil, 34, mangsa ketujuh insiden kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, yang mayatnya ditemui tanpa kepala, kelmarin.

Dia hadir ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam, dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur untuk membuat pengecaman dan menuntut jenazah adiknya itu.

Menurutnya, pada hari kejadian dia ada menghubung­i adiknya melalui telefon bimbit, namun semua panggilan masuk ke peti rakaman suara.

“Berpuluh-puluh panggilan saya buat namun semuanya masuk ke peti rakaman suara hingga baki kad tambah nilai prabayar saya habis.

“Ketika itu saya sudah rasa tidak sedap hati...Tidak lama kemudian beberapa rakan sekampung yang berada di sini menghubung­i dan memaklumka­n adik saya kemungkina­n tertimbus dalam runtuhan itu,” katanya.

Menurutnya, sebaik mayat adiknya ditemui, dia menghubung­i ibu dan adik iparnya di kampung untuk memaklumka­n kejadian.

“Ibu terus menangis tidak berhenti apatah lagi apabila mendapat tahu mayat adik ditemui tanpa kepala.

“Bagaimanap­un, ibu tetap mahu jenazah dibawa pulang walaupun kepalanya tidak ditemui kerana mahu melihat susuk tubuh adik,” katanya.

Katanya, mereka hanya dua beradik dan kali terakhir arwah pulang ke kampung tiga tahun lalu.

“Sepatutnya, adik pulang tahun ini untuk melihat ibu, isteri serta anak perempuan yang berusia 12 tahun, namun apakan daya dia terkorban dalam tragedi ini.

“Bagaimanap­un, kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya walaupun hanya jasadnya yang dibawa pulang,” katanya. Georgetown: Kecuaian perunding dan kontraktor projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, tidak memaklumka­n ada aliran anak sungai di tapak pembinaan itu didakwa antara punca runtuhan tanah di kawasan berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang berkata, aliran anak sungai itu hanya dikenal pasti pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa runtuhan tanah, Sabtu lalu.

Katanya, pengalihan aliran anak sungai adalah prinsip asas yang perlu dilakukan pihak perunding dan kontraktor dengan penjelasan mengenainy­a boleh dibuat tanpa memerlukan bantuan pakar.

“Sebaliknya, saya sendiri yang mengenal pasti aliran anak sungai ini pada pagi Sabtu lalu, selepas mengesyaki mengenai perkara itu. Bagi saya ia adalah punca utama kejadian ini yang menyebabka­n kesusahan kepada banyak pihak.

“Projek ini tidak rumit atau berteknolo­gi tinggi pun dan

Georgetown: Misteri kontena ke-13 berjaya dirungkai apabila pihak berkuasa menemui struktur berkenaan tertanam di Sektor 3 di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, kontena itu ditemui tertanam sedalam hampir lima meter di kawasan berkenaan.

“Kontena ini hancur dengan mangsa kesembilan iaitu lelaki warga Bangladesh, Mo-

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN SMART bersama APM membawa mayat mangsa kelapan yang tertimbus.
PASUKAN SMART bersama APM membawa mayat mangsa kelapan yang tertimbus.
 ??  ?? KHALILUDDI­N menunjukka­n gambar adiknya yang terkorban.
KHALILUDDI­N menunjukka­n gambar adiknya yang terkorban.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia