Harian Metro

Hisham mahu ‘tangkap’ Jho Low

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

„ Tawar diri untuk bawa pulang jika ahli perniagaan dicari berada di China

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein menawarkan diri untuk membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia jika benar ahli perniagaan itu berada di China.

Hishammudd­in yang juga bekas Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, beliau bersedia menggunaka­n jaringan hubunganny­a dengan China untuk mencari Jho Low ‘sehingga ke lubang cacing’ bagi merungkai persoalan berhubung skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Beliau atas kapasiti peribadi akan berbincang dengan rakannya di China bagi memastikan kesahihan khabar angin keberadaan Jho Low di China dan sanggup ke sana untuk membawa ahli perniagaan kontrovers­i itu berdepan keadilan.

“Secara peribadi, saya mahu melihat isu 1MDB diselesaik­an, nak tahu hujung dan pangkalnya.

“Jika Jho Low berada di China, saya secara peribadi akan ke negara itu untuk mencari dan membawanya ke muka pengadilan kerana kes 1MDB ini tidak akan selesai jika dia kekal di luar negara.

“Kalau saya boleh bantu, sampai ke lubang cacing saya akan cari,” katanya ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahka­n khabar angin mengatakan Putrajaya ada meminta bantuannya selaku bekas menteri Kabinet untuk mengukuhka­n hubungan Malaysia-China.

Sebelum ini, beberapa media tempatan dan antarabang­sa melaporkan Jho Low berkemungk­inan berada di China, selain Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dilaporkan berkata, Malaysia mengatur ‘usaha persendiri­an’ bagi membawa pulang ahli perniagaan itu dari negara berkenaan.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in berikrar akan mencari dan membawa pulang Jho Low walaupun tidak diminta kerajaan kerana perkara itu tidak ada kaitan dengan statusnya sebagai pembangkan­g atau sebaliknya.

“Saya tak terikat dengan mana-mana pihak, ini atas kapasiti peribadi kerana daripada dulu lagi saya nak tahu hujung pangkal, kebenaran dan penyelesai­an kes 1MDB,” katanya.

Ditanya sama ada beliau tahu lokasi Jho Low ketika ini, Hishammudd­in berkata, akan menghubung­i rakan dan kepemimpin­an China bagi mengesahka­n lokasi ahli perniagaan itu. Kira-kira 76 peratus atau 866,270 daripada

1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima gaji kurang RM5,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

Datuk Liew Vui Keong.

Katanya, berdasarka­n data Jabatan Akauntan Negara hingga 30 Jun lalu, jumlah itu membabitka­n pegawai kerajaan yang termasuk dalam kumpulan pegawai gred 44 dan ke bawah.

“Bagaimanap­un, jika mengambil kira imbuhan tetap dan elaun bulanan yang diperuntuk­kan kepada kumpulan terbabit jumlah itu menurun kepada 742,561 orang atau 65 peratus.

“Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan sentiasa membuat kajian semakan elaun dan gaji penjawat awam berdasarka­n prinsip ditentukan dalam perkhidmat­an awam,” katanya.

Liew berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR-Nibong Tebal) yang dikemukaka­n pada sidang Dewan Rakyat, minggu lalu.

Sementara itu, Liew berkata, kerajaan sentiasa berhati-hati dalam membuat kajian dan semakan gaji, elaun dan imbuhan penjawat awam dengan mengambil kira implikasi perbelanja­an mengurus serta kedudukan kewangan negara.

Katanya, struktur gaji Perkhidmat­an Awam yang digunakan pada masa ini berpanduka­n Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM).

 ?? MUHD ZAABA ZAKERIA ?? HISHAMMUDD­IN menjawab pertanyaan media di Dewan Rakyat, semalam.
MUHD ZAABA ZAKERIA HISHAMMUDD­IN menjawab pertanyaan media di Dewan Rakyat, semalam.
 ??  ?? LIEW
LIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia