Harian Metro

Uniknya Bumi Kenyalang

- Noriza Sainal am@hmetro.com.my

Sarawak tawar kepelbagai­an budaya, pengembara­an untuk diterokai

Kepelbagai­an budaya, pengembara­an, semula jadi, makanan dan festival (CANFF) terus diberi perhatian bagi membantu mencapai 5.2 juta kedatangan pelancong ke Sarawak menjelang akhir 2019, berbanding 4.86 juta pelancong tahun lalu.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukannya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, kedatangan pelancong tempatan antara kunci sasaran untuk mencapai peningkata­n sebanyak 12 peratus daripada pasaran Malaysia. Malah pihaknya yakin terhadap sasaran itu kerana menawarkan kepelbagai­an Sarawak buat masyarakat tempatan sendiri.

Menggunaka­n cogankata Lebih Banyak Untuk Diterokai, kepelbagai­an itu lebih memperkena­lkan Sarawak di mata dunia melalui pelanconga­n yang tidak terbayang di minda.

“Jika mahukan pengembara­an, melancongl­ah ke Sarawak. Banyak juga pusat belibelah yang boleh anda lawati.

“Pelbagai keistimewa­an yang bukan saja ditawarkan buat pelancong asing, malah pelancong tempatan dari Semenanjun­g juga berpeluang mencipta pengalaman baru dan unik seperti hidangan mi kolok sebagai sarapan di sini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Kempen Visit Sarawak di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak, Sharzede Haji Datu Salleh Askor dan persembaha­n dari pemenang band muzik dunia, Tuku Kame serta penyanyi hebat berasal dari Bumi Kenyalang, Dayang Nurfaizah.

Dalam masa sama, promosi juga memfokuska­n kepada bidang sukan untuk kempen kali ini, di mana pihak kementeria­n melihat arena itu dapat meningkatk­an tahap kesihatan peserta yang terbabit.

Antara aktiviti yang membabitka­n sukan seperti Pesta Telaga Air, Sarawak Regatta 2018, Pesta Tanah Lumpur Berbuak dan Sarawak Borneo Cross Country Rally 2018.

Tidak kurang menariknya, Pesta Meow adalah festival yang menyatukan kucing dan pencintany­a di Kuching dan ‘Rainforest World Music Festival’ pula berjaya menarik 20,000 pelancong.

Selain menawarkan festival yang mendapat undian di antara 25 festival teratas di dunia oleh Majalah London Based Songline, pelancong juga boleh menerokai festival tahunan unik di Sarawak seperti Pesta Kaamatan dan Gawai serta Pesta Kaul.

Malah negeri mempunyai 27 kumpulan etnik ini juga kaya dengan muzik dan seni eksotik yang mampu dirasai sendiri pelancong seperti alat muzik sape sebagaiman­a digunakan Tuku Kame.

Bagi peneroka urban pula, Kuching sebagai campuran seni bina unik di Malaysia boleh dilawati dan mempelajar­i bagaimana seni serta kraftangan bersumberk­an bahan semula jadi seperti rotan dan buluh dihasilkan penduduk tempatan.

 ??  ?? ABDUL Karim (lima dari kiri) ketika
Majlis Pelancaran Kempen Visit Sarawak. Jika mahukan pengembara­an, melancongl­ah ke Sarawak. Banyak juga pusat beli-belah yang boleh anda lawati
ABDUL Karim (lima dari kiri) ketika Majlis Pelancaran Kempen Visit Sarawak. Jika mahukan pengembara­an, melancongl­ah ke Sarawak. Banyak juga pusat beli-belah yang boleh anda lawati
 ??  ?? ABDUL Karim menjawab pertanyaan wartawan ketika sidang media selepas majlis berlangsun­g.
ABDUL Karim menjawab pertanyaan wartawan ketika sidang media selepas majlis berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia