Harian Metro

CUEPACS rayu semak semula gaji minimum penjawat awam

-

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an

Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menyemak semula gaji minimum dan insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi penjawat awam, khususnya kumpulan rendah kerana 70 peratus daripada mereka masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda berkata, kesukaran kumpulan berkenaan membuat simpanan memiliki rumah sendiri kerana kenaikan keperluan asas yang meningkat tidak sejajar dengan gaji dimiliki.

Katanya, dengan gaji kurang daripada RM5,000 mereka hanya mampu memiliki rumah berharga bawah RM150,000, tetapi di kawasan bandar, rumah harga demikian, sukar dimiliki.

“Kerajaan perlu semak semula gaji kerana kos sara hidup yang tinggi termasuk barangan makanan dan minuman yang meningkat, menyukarka­n lagi kehidupan mereka, lebih-lebih lagi dalam kalangan penjawat awam dengan pasangan tidak bekerja.

“Kenaikan kos sara hidup melangkaui peningkata­n gaji tahunan penjawat awam, sekali gus menyaksika­n perjalanan kehidupan mereka dibelenggu pelbagai kekangan kewangan.

“Kerajaan juga seharusnya memantau kenaikan barangan yang dilihat semakin membebanka­n rakyat,” katanya mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di Parlimen pagi tadi mengenai kira-kira 76 peratus daripada lebih 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat gaji kurang daripada RM5,000.

 ??  ?? AZIH
AZIH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia