Harian Metro

PERAWAN TUA PAUT PEMUDA

-

„ Wanita usia 51 tahun akhiri zaman bujang dengan lelaki separuh usia

Terbukti usia bukan penghalang cinta apabila seorang perawan berusia 51 tahun menikahi suaminya yang muda lebih separuh usianya dengan gambar majlis mereka tular di media sosial, hujung minggu lalu, lapor media Indonesia.

Wanita berkenaan, Nuraisyah berkahwin dengan Zulhery, 25, dalam majlis diadakan di Gampong Uteun Geulinggan­g, Dewantara, Aceh Utara, pada 18 Oktober lalu, lapor Liputan6.

Kedua-duanya yang tidak pernah berkahwin atau berpasanga­n sebelum ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang memuji, namun tidak kurang juga mengutuk pasangan berkenaan.

“Bagi saya, tiada masalah. Apa yang penting kami saling menyayangi dan mencintai. Kami berdua yang melaluinya, bukan orang lain.

“Lagipun, mereka yang mengutuk belum tentu berpasanga­n lagi. Jadi tidak perlulah terlalu lantang mengkritik,” kata Nuraisyah.

Gambar yang tular menunjukka­n pasangan itu berpakaian tradisiona­l Aceh di atas pelamin, manakala maharnya dua mayam emas, lapor portal berita Rakyatku.

Sementara itu, Nuraisyah berkata, dia dan Zulhery berkenalan menerusi perbualan telefon pada akhir tahun lalu sehingga akhirnya lelaki itu mengakui menyayangi­nya.

“Ketika itu saya berterus terang, jarak usia kami terlalu jauh. Tetapi dia tetap serius mahu memperiste­rikan saya,” katanya.

Pasangan itu akhirnya bernikah 10 bulan selepas berkenalan, dengan direstui keluarga kedua-duanya.

Sementara itu, rakan Zulhery, Jufri, 19, berkata: “Mereka memang sama-sama mencintai dan menyayangi tanpa mendengar gosip murahan orang lain, yang mungkin iri hati dengan kebahagiaa­n mereka.”

Sementara itu, Detik News memetik ketua kampung mereka yang cuma dikenali sebagai Yusuf mengesahka­n pasangan itu pertama kali mendirikan rumahtangg­a.

 ??  ?? GAMBAR kiri, Nuraisyah, manakala gambar kanan, persanding­an mereka yang tular di media sosial. - Agensi
GAMBAR kiri, Nuraisyah, manakala gambar kanan, persanding­an mereka yang tular di media sosial. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia