Harian Metro

PESILAT KERA SAKTI TERJERAT

„ Pertubuhan silat warga asing aktif memuja dalam ladang sawit diserbu PGA

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Bakar colok sambil berzikir beramai-ramai menggunaka­n ayat al-Quran dan turut ‘menawarkan’ makanan seperti ayam panggang, pulut kuning dan buah-buahan yang diletakkan atas pondok khas.

Begitulah perbuatan pemujaan dilakukan sebahagian daripada 20 individu warga Indonesia termasuk empat wanita yang mendakwa ahli kumpulan Silat IKS PI Kera Sakti di ladang kelapa sawit di Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat, Selangor.

Aktiviti kumpulan berkenaan didapati aktif menjalanka­n pemujaan itu sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka yang berusia 20-an dan 40-an itu terbongkar selepas lokasi itu diserbu pasukan risik Batalion 6 Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Nyah kira-kira jam 5 petang, Sabtu lalu.

Komander PGA Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigak­an kumpulan warga Indonesia di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan di kawasan berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Pos Tanjung Sepat, kami mendapati beberapa individu sedang melakukan upacara pemujaan dengan membakar colok sambil berzikir beramai-ramai.

“Terdapat juga pondok yang dibina khas di kawasan itu untuk meletakkan pelbagai makanan bagi tujuan pemujaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, siasatan mendapati lokasi itu dijadikan sebagai transit keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) selain menjadi markas pertubuhan silat berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Seramai 11 daripada 20 suspek yang ditahan itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Kami turut merampas dua motosikal, lapan bengkung warna merah mengandung­i ayat al-Quran, 23 topi bersulam Pasker 1980, enam lambang pertubuhan IKS PI Kera Sakti, 26 poster, 14 uniform, 24 sampul merah, 26 buku pelajaran Kera Sakti dan 20 lilin kecil warna merah,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Imigresen

1959/63 dan Akta Pertubuhan 1966 kerana disyaki terbabit dengan pertubuhan haram serta dipercayai mengamalka­n amalan pemujaan berdasarka­n penemuan barang di lokasi berkenaan.

Katanya, semua suspek dan barang rampasan berkenaan kemudianny­a diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi memaklumka­n pihaknya sedang menyemak pendaftara­n pertubuhan terbabit yang didakwa menjalanka­n aktiviti persilatan.

“Kami juga menyiasat sekiranya aktiviti mereka mengancam keamanan negara dan pada masa sama akan merujuk perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekiranya ada berlaku unsur ajaran sesat dalam aktiviti mereka,” katanya yang memaklumka­n semua suspek tidak memiliki rekod jenayah.

 ??  ??
 ??  ?? PONDOK khas yang menempatka­n colok, pulut kuning dan buah-buahan dipercayai untuk tujuan pemujaan. SERAGAM kumpulan Silat IKS PI Kera Sakti yang dirampas.
PONDOK khas yang menempatka­n colok, pulut kuning dan buah-buahan dipercayai untuk tujuan pemujaan. SERAGAM kumpulan Silat IKS PI Kera Sakti yang dirampas.
 ??  ?? BEBERAPA seragam silat dan bendera pertubuhan dirampas.
BEBERAPA seragam silat dan bendera pertubuhan dirampas.
 ??  ?? KUMPULAN warga asing yang ditahan dalam serbuan.
KUMPULAN warga asing yang ditahan dalam serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia