Harian Metro

PERANG ROKOK

„ Pasukan khas kastam buat operasi besar-besaran rampas rokok seludup

- lapor Skuad Khas Harian Metro

Situasinya ibarat babak drama TV apabila Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur dikepung puluhan anggota Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA) yang lengkap bersenjata api bagi memerangi aktiviti penjualan rokok seludup. Hasilnya, 585,032 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM428,729.85 dirampas dan empat individu ditahan,

Laluan keluar masuk Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Bot, di sini, dikepung hampir tiga jam oleh puluhan anggota Pasukan Taktikal Bersenjata (COBRA) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam usaha melumpuhka­n sindiket penyeludup­an rokok didalangi warga Indonesia di kawasan itu, kelmarin.

Kehadiran pasukan COBRA yang lengkap bertopeng, pakaian taktikal dan bersenjata­kan sub mesingun MP5 serta CZ Scorpion menimbulka­n sedikit rasa panik dalam kalangan orang ramai di kawasan sekitar yang menyangka ada operasi besar-besaran pihak berkuasa.

Anggota pasukan COBRA terbabit yang dibahagika­n kepada beberapa pasukan kecil ditugaskan mengawal ketat kawasan itu termasuk memerhatik­an kenderaan mencurigak­an kerana dikhuatiri boleh menjejaska­n kelancaran operasi.

Operasi itu bermula jam 12 tengah hari dan berakhir beberapa jam kemudian penting kerana kawasan berkenaan menjadi tumpuan peniaga rokok seludup mengambil bekalan untuk dijual di premis masing-masing yang kebanyakan­nya milik warga asing.

Beberapa minggu sebelum serbuan, risikan dijalankan bagi mengenal pasti lokasi kedai, setor dan kenderaan digunakan untuk aktiviti penyeludup­an rokok berkenaan yang dipercayai dibawa masuk oleh kartel rokok seludup beroperasi dari

Johor.

Hasilnya,

585,032 batang rokok pelbagai jenama seperti

Canyon, LA,

DJarum Super,

June, John, Dunhill,

Marlboro, Gudang Garam, Nusantara, U2, Saat dan Pine, dianggarka­n bernilai RM428,729.85 termasuk nilai cukai dirampas.

Selain itu, empat ‘tali barut’ termasuk dalang utama sindiket berusia 56 tahun berasal dari Indonesia yang aktif dalam aktiviti penjualan dan mengedarka­n rokok seludup bagi pasaran sekitar ibu kota turut ditahan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, operasi khas itu disertai 76 anggota dan pegawai JKDM termasuk COBRA, Cawangan Risikan JKDM Putrajaya, Bahagian Penguatkua­saan JKDM Wilayah Persekutua­n serta Bahagian Penguatkua­saan JKDM Selangor.

Katanya, turut serta dalam serbuan itu adalah pegawai dan anggota Bahagian Penguatkua­saan JKDM Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) serta Bahagian Penguatkua­saan Ibu Pejabat Putrajaya.

“Ini bukti JKDM serius memerangi sebarang anasir yang melanggar undang-undang negara. Kami tidak pernah berkomprom­i dengan sindiket penyeludup­an rokok,” katanya sambil memberitah­u kawasan sama pernah diserbu sebelum ini namun kembali beroperasi. Menurutnya, empat individu berusia antara 30-an hingga lewat 50-an ditahan dalam operasi berkenaan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran rokok seludup di kawasan itu.

“Tiga daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang warga tempatan. Kami membuka 13 kertas siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntu­kkan hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan denda maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. “Dengan kejayaan ini, kami percaya berjaya menyekat rantaian sindiket penjualan rokok seludup bagi pasaran sekitar ibu kota,” katanya. Katanya, JKDM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam membantera­s kegiatan melanggar undang-undang negara.

 ??  ??
 ??  ?? SEJUMLAH 585,032 batang rokok pelbagai jenama dirampas. PASUKAN COBRA yang lengkap bertopeng, berpakaian taktikal dan bersenjata­kan sub mesingun MP5 serta CZ Scorpion.
SEJUMLAH 585,032 batang rokok pelbagai jenama dirampas. PASUKAN COBRA yang lengkap bertopeng, berpakaian taktikal dan bersenjata­kan sub mesingun MP5 serta CZ Scorpion.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA operasi memotong kunci pintu dalam
operasi.
ANGGOTA operasi memotong kunci pintu dalam operasi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia