Harian Metro

Arah gadis rompak RM70 ke Sekolah Henry Gurney

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah­kan seorang remaja perempuan dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka selepas didapati bersalah merompak lelaki warga Bangladesh, Julai lalu.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Dr Gan Chee Keong terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun terbabit.

Hakim turut menetapkan tempoh tiga tahun perintah itu berkuat kuasa semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang yang dituduh di mahkamah didakwa melakukan rompakan berkumpula­n wang tunai RM70 milik SM Nazmul Haque berhampira­n hotel di Jalan Leboh Pudu di sini, jam 2.30 petang pada 31 Julai lalu.

Bagi pertuduhan itu, remaja terbabit didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran namun remaja perempuan itu memohon dia diberikan hukuman ringan.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa berjalan didatangi remaja perempuan itu dan rakannya.

Remaja perempuan itu secara tiba-tiba mengambil RM70 dari poket baju mangsa lalu melarikan diri.

Mangsa meminta bantuan daripada anggota polis yang membuat rondaan di kawasan terbabit.

Hasil siasatan polis menahan tertuduh dan rakan lelakinya di sekitar ibu negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia