Harian Metro

MISI BONGKAR MISTERI GUA NIAH

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

„ Ekspedisi saintifik dijadual pada suku pertama tahun depan dijangka bertumpu di Gua Dagang

Kuching

Lebih banyak misteri arkeologi Gua Niah di wilayah utara negeri ini bakal dibongkar melalui ekspedisi saintifik diketuai pakar arkeologi dunia, Profesor Madya Dr Darren Curnoe, tahun depan. Dr Curnoe yang juga tenaga akademik di Universiti New South Wales, Australia berkata, ekspedisi dijadualka­n pada suku pertama tahun depan itu dijangka bertumpu di Gua Dagang, sebahagian rangkaian sistem Gua Niah.

Beliau berkata, pasukan yang bakal disertai 15 penyelidik itu tertumpu mengumpul bukti mengenai kewujudan manusia prasejarah yang pernah mendiami kawasan terbabit.

“Bukti jelas kewujudan manusia prasejarah pernah mendiami kawasan itu terutama di lokasi berhampira­n

Gua Niah yang menjadi tumpuan pengkaji arkeologi dari seluruh dunia.

“Justeru, kita perlu melakukan ekspedisi dan kajian susulan bagi mendapatka­n bukti lanjut termasuk artifak berkaitan kemungkina­n itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an ceramah bertajuk Sejarah Gua Niah: Gua Dagang & Manusia 65,000 Tahun di Muzium Sarawak di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Dr Curnoe berkata, wujud perdebatan dalam kalangan komuniti arkeologi antarabang­sa mengenai manusia moden yang paling awal tiba di Asia Tenggara adalah dari Afrika.

“Ia topik hangat dibincangk­an

komuniti arkeologi dunia ketika ini. Gua Niah menyediaka­n maklumat baharu mengenainy­a malah Gua Dagang memberitah­u kita manusia berkenaan dari Afrika kira-kira 65,000 tahun lalu.

“Kami mendapat sokongan yang sangat baik daripada orang pertama menetap di kawasan itu terutama masyarakat orang Dayak yang begitu kaya dan canggih budaya mereka dalam kajian ini,” katanya.

Dr Curnoe berkata, pasukannya juga akan menarik penyertaan pelajar universiti tempatan, selain bekerjasam­a dengan Jabatan

Muzium, Universiti

Sains Malaysia (USM) dan

Sarawak Forestry

Corporatio­n (SFC) dalam ekspedisi itu.

“Kami sangat berminat bekerjasam­a dengan orang tempatan. Ia secara tidak langsung memberi latihan kepada generasi arkeologi

Malaysia untuk menjadi pakar arkeologi antarabang­sa terbaik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia