Harian Metro

Tanah tambak cerun tapak projek peroi, tak mampat

-

Georgetown: Tanah yang digunakan untuk menambak kawasan tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, didapati tidak sesuai untuk pembinaan kerana ia peroi (longgar) dan tidak mampat.

Pakar Tanah Runtuh, Hakisan dan Bencana Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Habibah Lateh berkata, tanah berkenaan didapati tidak mempunyai ketahanan yang kukuh untuk menampung sebarang pembinaan.

Menurutnya, tanah asal di tapak projek itu iaitu jenis granit juga didapati tidak sesuai untuk pembinaan kerana ia boleh bertukar menjadi tanah pasir apabila diluluhawa­kan.

“Hasil pemantauan di lokasi, saya mendapati kawasan terbabit agak bercerun dan apabila dipotong, ia menjadi curam.

“Kedudukan kontena dilihat diletakkan di bahagian cerun dan aliran air akan mengalir dengan tanah peroi sekali gus menyebabka­nnya menggelong­sor jatuh,” katanya selepas melawat lokasi kejadian di sini, semalam.

Dr Habibah berkata, selain faktor tanah, pemantauan yang tidak dilakukan sepenuhnya oleh pihak bertanggun­gjawab menjadi faktor kepada runtuhan terbabit.

“Sepatutnya, perlu ada pemantauan sejak awal ketika projek ini mula dijalankan bagi mengelak bencana.

“Pemantauan serta kajian meliputi tanah yang digunakan serta kedudukan cerun perlu dilakukan dengan teliti kerana ini projek besar,” katanya.

Menurutnya, jika projek itu mahu diteruskan, pihak terbabit dan kerajaan negeri perlu membuat pemantauan terperinci dalam proses pembinaan termasuk jurutera turun padang melihat sendiri tapak projek supaya bencana tidak berulang.

“Saya tidak mahu menyalahka­n sesiapa, namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu pemantauan terperinci perlu dilakukan dari awal.

“Namun, dalam hal ini saya tidak tahu sama ada mereka yang terbabit dengan projek ini mengikut SOP yang ditetapkan atau sebaliknya,” katanya.

 ??  ?? DR Habibah menunjukka­n tanah digunakan untuk menambak cerun yang peroi.
DR Habibah menunjukka­n tanah digunakan untuk menambak cerun yang peroi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia