Harian Metro

Ingkar 4 peraturan

Kontraktor tak patuh garis panduan punca berlaku runtuhan

- Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kontraktor projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, didapati tidak mematuhi empat garis panduan yang boleh menyebabka­n kejadian tanah runtuh sepanjang proses pembinaan dijalankan.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata, ketidakpat­uhan itu dikenal pasti selepas pemeriksaa­n mengejut dilakukan di tapak projek oleh Jawatankua­sa Kawalan Hakisan dan Kelodak negeri pada 8 Oktober lalu.

Katanya, antara ketidakpat­uhan itu membabitka­n bahagian tanah atas dibiarkan terbuka tanpa lapisan sungkupan (mulching) dan dipasang atau ditanam rumput, selain kawasan cerun tidak dilitupi lapisan geotekstil.

“Kontraktor juga gagal membina pagar kelodak di bahagian cerun tapak projek terbabit. Kolam enapan, empangan hakisan dan beberapa komponen lain juga didapati gagal mematuhi garis panduan ditetapkan dalam Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP).

“Semua elemen ketidakpat­uhan ini dikenal pasti menjadi punca kejadian tanah runtuh dengan semakan dibuat di plot paling tinggi di tapak projek terbabit.

“Berikutan itu, notis dikeluarka­n kepada kontraktor dengan arahan supaya semua ketidakpat­uhan itu diatasi dalam tempoh 14 hari atau mereka akan dikenakan tindakan termasuk kompaun atau arahan pemberhent­ian kerja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di sini, yang mengorbank­an sembilan pekerja binaan manakala tiga cedera dan seorang lagi dikhuatiri tertimbus, Jumaat lalu.

Sebelum ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak menolak kemungkina­n kejadian itu berlaku berikutan ada aliran anak sungai selain permukaann­ya yang cekung dan mudah menakung air, struktur tanah peroi dan beberapa plot dikenal pasti sebagai kawasan tambakan.

Zairil berkata, kontraktor juga gagal memaklumka­n ada anak sungai serta kerja teknikal dilakukan sama ada untuk menghalang atau mengalih aliran berkenaan di bahagian atas kawasan pembinaan terbabit. “Sebenarnya, pemeriksaa­n ke atas tapak ini dibuat berdasarka­n laporan yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penang Hill Watch berhubung kegusaran berlaku kejadian sedemikian pada 28 September lalu.

“Bagaimanap­un, kita sendiri tidak mempunyai pelan pembinaan projek ini dan pemeriksaa­n hanya dibuat berdasarka­n ESCP semata-mata.

“Kita sememangny­a tidak berkomprom­i dengan sebarang ketidakpat­uhan yang berlaku di tapak projek di negeri ini,” katanya.

Ditanya kerajaan negeri akan mengambil tindakan ke atas kontraktor, beliau berkata, keputusan mengenainy­a belum dimuktamad­kan, selain masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu disiapkan.

 ??  ?? RUNTUHAN tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus disebabkan kontraktor abai empat garis panduan.
RUNTUHAN tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus disebabkan kontraktor abai empat garis panduan.
 ??  ?? ZAIRIL
ZAIRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia