Aset penting bina negara
awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan memantapkan program kokurikulum dan budaya bersukan untuk diterapkan kepada semua pelajar. Satu Murid Satu Sukan yang sudah diperkenalkan patut dilaksanakan terus di sekolah. Di samping itu, menjadikan pencapaian dan kegiatan kokurikulum sebagai salah satu prasyarat memasuki institusi pengajian tinggi.
Melahirkan modal insan berdisiplin dan bernilai murni. Memantapkan semangat patriotik dan nilai murni. Pengajaran Pendidikan Islam dan Moral diperkasakan bagi memantapkan nilai murni dan akhlak baik dalam kalangan generasi muda. Nilai dan prinsip dalam Rukun Negara sentiasa diterapkan, difahami dan dihayati dari peringkat awal persekolahan.
Langkah menaikkan taraf institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu sebagai penanda aras IPT tempatan serta setanding mengikut piawaian antarabangsa perlu diteruskan. Jalinan kerjasama dengan IPT antarabangsa dan swasta perlu dilaksanakan mengikut perkembangan semasa. Kursus ditawarkan mestilah lebih berdaya saing, menepati kehendak pekerjaan semasa dan mampu menyediakan tenaga kerja berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Di samping itu, usaha juga perlu diteruskan bagi mendedahkan graduan kepada dunia pekerjaan. Pihak pusat pengajian tinggi awam dan swasta perlu mengadakan jalinan kerjasama antara pihak IPT lain dan swasta.
Oleh itu, jelaslah prinsip asas dalam pendidikan ialah menyediakan modal insan berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam semua bidang yang menjurus kepada pekerjaan seiring dengan perkembangan semasa. Mereka ini akan menjadi tenaga kerja berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang diceburi serta mampu menyumbang ke arah kemajuan negara.
Lantaran itu, memandangkan modal insan sangat penting kepada negara dalam memenuhi cita-cita menjadi negara maju, kerjasama semua pihak sangat diperlukan. Usaha ini tidak boleh dilakukan satu pihak saja. Ia mesti dilaksanakan dengan kerjasama erat ibu bapa, pendidik, kalangan masyarakat dan kerajaan.
Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)