Harian Metro

Perebutan makin hangat

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

„ Rafizi menyaingi sengit Mohamed Azmin di kubu terkuat di Selangor

Kemampuan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyaingi sengit penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kubu kuatnya di Selangor bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa dalam pemilihan parti itu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Rafizi masih ketinggala­n di belakang Mohamed Azmin selain tewas di beberapa kawasan yang menjadi kubu kuatnya selama ini. Amirudin berkata, Pahang contohnya, sebelum ini dikaitkan dengan kubu kuat Rafizi, namun Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pengerusi PKR Selangor itu menang pada pemilihan, baru-baru ini.

Kata beliau, keputusan pemilihan itu juga bukanlah disebabkan faktor Rafizi berjaya merekrut lebih ramai ahli baru kerana Mohamed Azmin juga berbuat demikian (rekrut ahli

baru) di Pahang dan menang di negeri terbabit.

“Tiada masalah, persaingan sengit itu adalah perkara biasa dan pemilihan kali ini juga dilihat lebih

“Namun, beberapa tuduhan liar yang dilemparka­n kepada Mohamed Azmin dan pasukannya tetap dianggap kurang wajar.

“Apapun, diharapkan pemilihan kali ini dapat berjalan lancar tanpa ada gangguan atau isu yang berkaitan,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Induk dan Forum Kelestaria­n Sumber Air Negeri Selangor di sini, semalam.

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR dilihat semakin hangat apabila Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan memberi saingan sengit kepada Mohamed Azmin di Selangor.

Fasa pertama pemilihan di Selangor membabitka­n sembilan cabang pada 14 Oktober lalu menyaksika­n Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor mendahului dengan memperoleh 9,337 undi, manakala Rafizi yang juga Naib Presiden PKR meraih 8,563 undi.

Mohamed Azmin mendapat sokongan daripada enam cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja dan Sepang manakala Rafizi memperoleh sokongan daripada daripada tiga cabang iaitu Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Kapar.

Fasa kedua pemilihan PKR di Selangor pada Ahad lalu yang membabitka­n tujuh cabang lain pula menyaksika­n Mohamed Azmin memperoleh 4,978 undi, menewaskan Rafizi yang mendapat 4,385 undian.

Selepas selesai pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang, Mohamed Azmin masih mendahului Rafizi.

Sementara itu, Rafizi dan pasukannya yang membawa perjuangan ‘Reformasi 20 Tahun’ dalam kenyataan di laman Twitternya menyatakan keyakinan bahawa proses pemilihan di

Kedah, Perak,

Sabah dan

Sarawak akan berpihak kepadanya.

Rafizi berkata, dengan persaingan di Semenanjun­g hanya berbaki enam cabang di Selangor berbanding

39 cabang di Perak dan Kedah minggu hadapan, pihaknya yakin #Reformasi2­0Tahun ada peluang untuk menang di Semenanjun­g, sebelum pemilihan di Sabah dan Sarawak bermula pada bulan

November.

 ??  ?? MOHAMED Azmin
MOHAMED Azmin
 ??  ?? RAFIZI
RAFIZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia