Harian Metro

Gejala LGBT masih terkawal

-

Kuala Lumpur: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) di negara ini masih terkawal hasil pelbagai program pemulihan yang diwujudkan untuk golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, dalam menangani isu berkaitan LGBT, semua pihak mempunyai tanggungja­wab terhadapny­a.

“Kita jangan terlalu mudah menghukum satu-satu bencana itu termasuk yang berlaku di Palu, Indonesia sebagai bala berkaitan LGBT.

“Dalam keadaan kita hari ini, isu LGBT walaupun ia satu permasalah­an, tapi masih di bawah kawalan. Saya tidak rasa kita terlalu mudah menghukum bala itu hanya dengan membuat satu-satu contoh, maka akan tiba satu bala,” katanya menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-PKR Setiawangs­a) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Nik Nazmi meminta penjelasan dari segi agama tindakan menghukum satu-satu peristiwa sebagai bala tanpa asas agama yang betul.

Mujahid berkata, orang Islam perlu menerima bahawa tidak ada sesuatu bala yang menimpa tanpa izin Allah, tetapi menjatuhka­n hukum sesuatu bencana akibat perbuatan tertentu tanpa asas adalah tidak wajar. Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO Bagan Datuk) dalam soalan tambahanny­a mengaitkan kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia sebagai bala Allah kerana mendakwa ada kira-kira 1,000 golongan LGBT di kawasan berkenaan.

“Kita lihat situasi di Malaysia turut membimbang­kan yang mana kita tahu kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, baru-baru ini dikhabarka­n terdapat lebih kurang 1,000 mereka yang terbabit dalam aktiviti berkenaan (LGBT). Akibatnya seluruh kawasan itu diranapkan. Ini adalah hukuman Allah,” katanya.

Menjawab soalan Ahmad Zahid mengenai keberkesan­an Program Mukhayyam yang dijalankan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) bagi membantu golongan LGBT, Mujahid berkata, peserta program itu ada yang sudah menukar penampilan mereka kepada fitrah asal.

“Ada kelompok dalam LGBT ini masih ada penampilan berbeza dengan fitrah asal sedang berusaha meninggalk­an perbuatan songsang mereka dan mengakui kini mereka dapat mengingati semula perkara asas dalam agama seperti ibadat solat,” katanya.

 ??  ?? DR Mujahid
DR Mujahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia