Harian Metro

Sisi berbeza 3 bintang soul

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bukan mudah menggabung­kan tiga bintang soul terkenal tanah air dalam satu konsert khas di pentas berprestij seperti Istana Budaya (IB).

Namun, ia bakal direalisas­ikan menerusi Konsert Soul Sisters yang bakal menggegark­an pentas IB buat julung kalinya pada April tahun depan.

Pengarah Urusan Edd Razhe Entertainm­ent Edd Razhe, yang bertindak selaku penerbit konsert itu berkata, sudah lama pihaknya merancang untuk mengadakan konsert yang mengangkat tiga bintang soul terbabit sekali gus memenuhi impiannya dalam bidang hiburan sejak dulu.

"Sebenarnya saya sudah meninggalk­an bidang hiburan tanah air hampir 20 tahun. Alhamdulil­lah, kini saya kembali mewarnai bidang hiburan sebagai penerbit konsert menerusi penubuhan syarikat produksi milik sendiri.

"Selain penerbit konsert berprestij, saya juga akan menjadi pengarah, pemilik label rakaman dan promoter persembaha­n.

"Pada masa sama, misi terbaru saya untuk meneroka pasaran muzik negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia," katanya.

Mengulas mengenai konsert pula, kata Edd, dia mahu menampilka­n sisi berbeza tiga artis wanita yang akan berkongsi pentas pada konsert terbabit.

"Konsert Soul Sisters ini berlatarbe­lakangkan sepenuhnya muzik soul R&B dan ia tidak pernah dipersemba­hkan di pentas IB sebelum ini.

"Oleh itu, saya mahu mencuba membawa kelainan untuk peminat muzik genre R&B. Pemilihan tiga artis wanita ini juga boleh dikatakan cukup terkenal dalam menjiwai muzik R&B," katanya.

Edd ditemui ditemui pada sidang media yang berlangsun­g di RedQ, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2, Sepang, barubaru ini.

Bagaimanap­un, kata Edd, dia mahu merahsiaka­n terlebih dulu barisan bintang terkenal yang bakal menjayakan konsert Soul Sisters itu.

"Saya akan umumkan nama barisan artis terbabit pada sidang media kedua yang akan berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 7 November depan.

"Buat masa ini, biarlah pihak kami merahsiaka­n barisan artis terbabit kerana mahu buat kejutan buat peminat muzik tanah air," katanya.

Mengimbas latarnya, Edd bukan nama asing dalam industri hiburan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sebelum ini, dia berpengala­man menggilap bakat dan menguruska­n kerjaya artis terkenal iaitu Feminin, Maya Karin, D Boyz, Tam Suhaimi dan Yasin Sulaiman (kumpulan Brothers).

Selain Pengarah

Urusan Edd Razhe Entertainm­ent, Edd juga berkhidmat sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad (AirAsia) dan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad Datuk Kamarudin Meranun sejak 18 tahun lalu.

 ??  ?? Saya mahu mencuba membawa kelainan untuk peminat muzik genre R&B. Pemilihan tiga artis wanita ini juga boleh dikatakan cukup terkenal dalam menjiwai muzik R&B
Saya mahu mencuba membawa kelainan untuk peminat muzik genre R&B. Pemilihan tiga artis wanita ini juga boleh dikatakan cukup terkenal dalam menjiwai muzik R&B

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia