Harian Metro

Karya gambarkan kematangan

-

Awi lebih selesa menghasilk­an lagu untuk diri sendiri

“Bagaimanap­un, pada masa sama kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana kehidupan di Malaysia ini sekurang-kurangnya masih bagus lagi,” kata.

Awi yang sudah lapan tahun berkelana ke negara ini dari Singapura untuk mengetenga­hkan bakat seninya berkata dia lebih selesa menghasilk­an lagu untuk diri sendiri.

“Disebabkan kebanyakan lagu saya dan liriknya menjurus mesej mengingatk­an diri, ia cukup mematangka­n.

“Secara tidak langsung, ia juga menggambar­kan saya semakin matang seiring

pengalaman ditimba selama ini,” katanya.

Terbuka berkongsi perancanga­n untuk karier nyanyianny­a, Awi berkata dia kini dalam proses menyiapkan album digital.

Menurut penyanyi lagu Manusia Sempurna bersama Ayai Ilusi ini, dia sudah pun menyiapkan enam lagu untuk dimuatkan dalam album itu.

“Namun, segala perancanga­n untuk album digital ini saya buat dengan teliti. Pemilihan lagu pun saya tidak ambil mudah.

“Ini kerana saya mahu pendengar juga merasai kepuasan karya lagu diketengah­kan dalam album itu. Jadi, saya agak berhatikat­anya. hati,”

Melihatkan dirinya yang agak berisi,

Awi tidak menafikan perkara itu dan memberitah­u dia dalam usaha menjaga pemakanan.

“Berat saya sekarang 81 kilogram dan memandangk­an beberapa bulan lagi akan naik pelamin, saya mahu turunkan berat.

“Sekurang-kurangnya, dapat 76 kilogram pun okey kerana ia ideal dengan ketinggian saya. Bagaimanap­un, saya kini masih berusaha,” katanya.

Awi bakal menamatkan zaman solonya dengan wanita pilihan yang juga pelakon Atikah Suhaimi, 27, pada 17 Mac 2019.

Awi juga memberitah­u dia sudah menyiapkan satu lagu istimewa buat bakal isterinya itu yang berjudul Rahasiaku.

Tanpa menguar-uarkan percintaan­nya, Awi selamat bertunang dengan Atikah pada 17 Mac lalu di Singapura.

Awiataunam­a sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael memberitah­u majlis pernikahan dan acara resepsi kedua-dua belah pihak akan berlangsun­g di negara kelahiran mereka. -Norhayati Nordin

Disebabkan kebanyakan lagu saya dan liriknya menjurus mesej mengingatk­an diri, ia cukup mematangka­n

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia