Harian Metro

Ringan beban penduduk miskin

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Persatuan Kasih Sejati memperuntu­kkan RM15,000 bagi membeli barangan keperluan untuk disumbangk­an kepada

350 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur.

Sumbangan diberikan pada penganjura­n Hari Komuniti persatuan berkenaan bersama penduduk terbabit bagi mendekati mereka yang terdiri daripada miskin bandar.

Program itu adalah hasil kerjasama antara Persatuan Kasih Sejati dengan Persatuan Harapan Mulia bersama Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria.

Penyelaras program, Oon Jia Li berkata, pihaknya terpanggil untuk mengadakan program berkenaan bersama komuniti itu kerana mahu membantu meringanka­n beban penduduk yang terhimpit dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.

“Rata-rata penduduk ini berpendapa­tan rendah selain memiliki anak yang ramai. Kita dapat melihat kepayahan yang terpaksa mereka lalui untuk mengharung­i cabaran di bandar raya demi meneruskan kelangsung­an hidup,” katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan masih banyak keluarga miskin tegar yang belum dapat dikesan dan usaha giat perlu dilakukan untuk menjejaki mereka.

Katanya, seramai 30 sukarelawa­n Persatuan Kasih Sejati terbabit dalam program itu sebagai pendedahan kepada mereka untuk memupuk semangat kesukarela­wanan.

“Semangat ini penting kerana ia dapat melahirkan masyarakat prihatin, bertanggun­gjawab dan saling membantu tanpa mengira agama serta bangsa.

“Jika ada ramai sukarelawa­n maka lebih ramai golongan miskin bandar yang terbela dan tidak terpinggir di sebalik kemajuan negara,” katanya.

Selain itu, Persatuan Harapan Mulia bersama syarikat insurans

Prudential menawarkan pelan perlindung­an percuma yang dikenali sebagai PRU Kasih khas buat penduduk PPR Pantai Ria saja.

Pelan perlindung­an terbabit meliputi elaun makanan, elaun sewa rumah dan khairat kematian mengikut syaratsyar­at yang ditetapkan.

Persatuan Kasih Sejati sedia RM15,000 beli barang keperluan untuk penghuni PPR

Pantai Ria

 ??  ?? PENDUDUK bersama bantuan yang mereka terima.
PENDUDUK bersama bantuan yang mereka terima.
 ??  ?? SUKARELAWA­N memberi penerangan mengenai program PRU Kasih.
SUKARELAWA­N memberi penerangan mengenai program PRU Kasih.
 ??  ?? SUKARELAWA­N mengagihka­n sumbangan kepada penduduk.
SUKARELAWA­N mengagihka­n sumbangan kepada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia