Harian Metro

KONGSIKAN KESEDARAN

-

Akshaya asaskan Girls Make Apps ajar Sains Komputer kepada gadis daripada keluarga miskin

yang mengajar Sains Komputer dengan cara yang riang dan memberi impak kepada pelajar.

“Kebanyakan gadis ini baru saja belajar Sains Komputer, oleh itu mereka ini mempunyai sangat sedikit pengetahua­n atau tiada langsung. Namun, dengan menyertai program ini sekurangku­rangnya mereka kini mampu mencipta aplikasi sendiri yang akan memberi impak kepada komuniti.

“Kami juga bukan hanya mewujudkan pengaturca­ra, tetapi juga usahawan media sosial. Kami laksanakan misi penubuhan menerusi bengkel, kelas, pertanding­an dan acara yang memperkasa wanita untuk mendalami sains komputer.

“Walaupun beroperasi di New York, impak kami meluas dan program kami sudah berjalan di seluruh negara,” katanya yang sudah membina sejumlah aplikasi.

Acara terbaru Girls Make

Apps adalah ByteHacks yang mengumpulk­an lebih 300 wanita di New York dan dalam talian untuk mencipta penyelesai­an teknologi berkaitan isu sosial. Dalam skala yang lebih besar, kerjasama mereka dengan Spotif dan anggota kongres Amerika Syarikat memberi impak kepada ribuan lagi wanita.

Dalam perancanga­n akan datang, Akshaya berharap untuk mengembang­kan usahanya di peringkat antarabang­sa dengan mengenal pasti pendidikan untuk gadis di kawasan yang mengalami krisis global.

Beliau juga merancang merekrut Program Pemimpin Rantau yang menyasarka­n kawasan gadis yang kurang mendapat pendedahan kepada pendidikan Sains Komputer. Wawasan Akshaya mahu

Girls Make Apps menjadi satu pergerakan global kepada wanita mengubah dunia menggunaka­n teknologi.

 ??  ?? PERTUBUHAN Girls Make Apps memberi peluang kepada pelajar perempuan terutama yang kurang berkemampu­an belajar Sains Komputer.
PERTUBUHAN Girls Make Apps memberi peluang kepada pelajar perempuan terutama yang kurang berkemampu­an belajar Sains Komputer.
 ??  ?? AKSHAYA (kiri) bersama rakan yang menyokongn­ya dalam kempen kesedaran merapatkan jurang teknologi maklumat antara pelajar perempuan.
AKSHAYA (kiri) bersama rakan yang menyokongn­ya dalam kempen kesedaran merapatkan jurang teknologi maklumat antara pelajar perempuan.
 ??  ?? AKSHAYA berharap untuk mengembang­kan usahanya di peringkat antarabang­sa.
AKSHAYA berharap untuk mengembang­kan usahanya di peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia