Harian Metro

Bulan ganjaran pelanggan

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-51 dengan mendedikas­ikan Oktober sebagai bulan ganjaran pelanggan menerusi tawaran istimewa, termasuk penjimatan 51 peratus untuk lebih 1,000 barangan.

Kempen ulang tahun ke-51 itu bermula 2 Oktober lalu iaitu kempen Harga Knockdown sepanjang tahun yang dilancarka­n pada Februari lalu, agar pelanggan dapat menikmati penjimatan yang lebih tinggi pada bulan ini.

Ciri utama kempen ialah dengan menawarkan 51 peratus diskaun untuk pembelian barang kedua melalui cara suai dan padan.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and

Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) Soren Lauridsen berkata, pelbagai tawaran disediakan antaranya 51 peratus diskaun untuk pembelian kedua, pesta kecantikan sepanjang bulan yang mana baucar RM30 akan diberikan dengan pembelian kosmetik dan wangian bernilai RM120 dan ke atas dalam satu resit.

Katanya, setiap pembelian bernilai RM51 dan ke atas dalam kedai yang dipilih di seluruh negara akan menerima hadiah misteri.

“Sekurang-kurangnya satu pemenang setiap hari dan 51 hadiah menanti pembeli bertuah.

“Guardian Malaysia turut memberikan gelang penjejak pintar bernilai RM99 untuk pembelian produk penjagaan kesihatan melebihi RM250,” katanya.

Dalam pada itu, Guardian Malaysia turut meraikan lebih 20 wakil media menerusi Guardian’s Wellness Retreat sebagai sebahagian kempen ulang tahun ke-51 syarikat itu di Philea Resort Melaka barubaru ini.

Pelbagai program menarik dianjurkan antaranya sesi memperkena­lkan produk terbaru dibawakan oleh Guardian iaitu April Skin, Oil Garden, Dove Derma Series dan beberapa jenama lain.

Selain itu peserta turut berkesempa­tan diberi bimbingan jurulatih kecergasan dalam sesi senaman dan sembang diet sebelum menjayakan aktiviti berkumpula­n iaitu menghasilk­an terrarium menggunaka­n produk makanan kesihatan Nature’s Heart Guardian.

 ?? FOTO ?? PESERTA dan wakil Guardian Malaysia bergambar kenangan.
FOTO PESERTA dan wakil Guardian Malaysia bergambar kenangan.
 ??  ?? MENGHASILK­AN terrarium antara antiviti berkumpula­n disediakan.
MENGHASILK­AN terrarium antara antiviti berkumpula­n disediakan.
 ??  ?? PELANCARAN produk terbaru April Skin.
PELANCARAN produk terbaru April Skin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia