Harian Metro

Api tong gas mamah enam kedai makan

-

“Ketika itu saya sedang memasak dan secara tiba-tiba api keluar daripada tong gas.

“Saya tendang tong gas itu dan cuba padamkan api dengan kain basah, tetapi keadaan lebih teruk hingga kedai pun terbakar,” kata Aina Daud, 50,

menceritak­an kebakaran di kedai makannya di Medan Selera Bandar Kemaman, semalam.

Kejadian jam 8.20 pagi itu turut memusnahka­n lima lagi kedai makan berhampira­n.

Aina berkata, dia tidak berupaya memadamkan

kecil)

(gambar

kebakaran itu apabila dinding kedainya disambar api sebelum ke kedai bersebelah­an.

“Dalam kelam-kabut saya masih berusaha memadam kebakaran itu sehingga ditarik keluar oleh orang ramai kerana bimbang tercedera,” katanya yang menjerit meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.35 pagi.

Beliau berkata, sembilan anggota bersama dua jentera dari BBP Chukai dan BBP Kemaman ke lokasi serta berjaya mengawal api dalam tempoh 10 minit.

“Api berjaya dikawal daripada merebak ke lebih banyak kedai dan padam sepenuhnya, sejam kemudian,” katanya.

Mohd Zailani berkata, ketika kejadian semua pengusaha kedai makan itu baru membuka kedai mereka dan tiada pelanggan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengawal kebakaran enam kedai makan di Bandar Kemaman, semalam.
ANGGOTA bomba mengawal kebakaran enam kedai makan di Bandar Kemaman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia