Harian Metro

Maklum pada keluarga, lengkap kertas siasatan

-

Kuala Terengganu: Polis melengkapk­an kertas siasatan berhubung kes membabitka­n seorang wanita yang menggugurk­an kandungan dengan membeli 10 pil gugur janin berharga RM600 secara dalam talian menerusi laman Facebook (FB), Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman berkata, suspek berusia 22 tahun dibenarkan keluar hospital, kelmarin.

“Suspek berada dalam keadaan stabil dan kami juga memaklumka­n perkara ini kepada keluargany­a di Sabah.

“Kami mengambil keterangan suspek bagi melengkapk­an siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin akhbar melaporkan seorang wanita nekad membeli 10 pil gugur janin gara-gara terdesak menggugurk­an kandungan kerana hubungan terlarang.

Wanita itu dikatakan sanggup mengambil risiko nyawa demi mengelak aib jika perbuatann­ya mengandung 20 minggu hasil hubungan dengan bekas tunang diketahui keluarga.

Suspek melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat seberat 304 gram dan tidak bernyawa jam 11 malam hari sama sebelum membersihk­an bayi itu lalu membalutny­a dengan tuala.

Suspek mengambil keputusan ke klinik swasta berhampira­n bersama mayat bayinya jam 12 tengah hari untuk memaklumka­n mengenai kegugurann­ya sebelum pekerja di klinik berkenaan memberikan nombor telefon individu untuk dihubungi bagi urusan pengebumia­n.

Perbadanan Putrajaya (PPj) positif meneruskan pembinaan monorel sebagai satu daripada pengangkut­an awam utama di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di sini, seperti yang pernah dirancang sebelum ini.

Presidenny­a Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, pihaknya ada perancanga­n ke arah itu kerana dengan perkhidmat­an monorel, sekali gus melengkapk­an sistem pengangkut­an di awam di pusat pentadbira­n berkenaan.

Menurutnya, buat masa ini, PPj melihat dari pelbagai sudut sebelum meneruskan projek terbabit termasuk dari sektor kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia