Harian Metro

Mentor 7 kembali

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

„ Pengalaman komposer Wah Idris beri kelainan pada musim ini

Selepas bersiaran selama 12 tahun menerusi Mentor musim pertama hingga enam, Mentor Legend, Mentor Milenia musim pertama dan kedua serta Mentor Otai, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh.

Berbeza daripada musim terdahulu, Mentor 7 menampilka­n empat mentor terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat,

Siti Nordiana, Hafiz Suip dan Aizat Amdan.

Menariknya, Mentor 7 juga menampilka­n komposer dan penerbit lagu, Datuk Wah Idris selaku juri tetap bersama seorang lagi juri yang akan diumumkan pada konsert minggu pertama.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan (NTV7) dan Perolehan, Zurina Othman berkata, pemilihan Wah berdasarka­n kredibilit­i dan pengalaman­nya dalam bidang muzik.

“Mungkin untuk generasi milenia tak kenal Datuk Wah. Jadi, apabila kita mengambil dia selaku juri tetap, generasi muda akan lebih kenal dan dapat belajar daripada dia.

“Mungkin ramai tidak tahu, Wah adalah komposer dan penerbit yang sangat berpengala­man hingga peringkat antarabang­sa.

“Soal komen, pihak produksi tidak akan mengongkon­g dan hormat setiap kritikan bagi tujuan berkongsi pengetahua­n dengan peserta. Pendek kata, terpulang mereka nak komen apa saja yang berkaitan,” katanya.

Menurut Zurina, program Mentor paling berjaya kerana muncul dengan beberapa rangkaian program lain.

Seperti format sebelum ini, konsert pengenalan akan menampilka­n tiga protege bagi setiap mentor sebelum memilih dua peserta terbaik.

 ??  ?? EMPAT mentor (dari kiri) Hafiz, Syafinaz, Siti Nordiana dan Aizat berentap mencari protege terbaik.
EMPAT mentor (dari kiri) Hafiz, Syafinaz, Siti Nordiana dan Aizat berentap mencari protege terbaik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia