Harian Metro

Akur arahan polis

„ Perhimpuna­n berkait isu e-panggilan ditunda „ Penganjur diminta serah dokumen bagi menjamin keselamata­n

- Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Perhimpuna­n aman di Padang Merbok bagi menuntut keadilan isu Grab, hari ini ditangguhk­an ke tarikh baharu.

Ini selepas rundingan dengan polis yang meminta kerjasama pihak penganjur menyerahka­n beberapa dokumen bagi menjamin aspek keselamata­n.

Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahr­in Ismail berkata, ibu pejabat polis Dang Wangi berpendapa­t penganjura­n perhimpuna­n tanpa mendapatka­n kelulusan dan permit bakal mencetuska­n beberapa masalah, sekali gus mencemar imej pemandu teksi di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau akur dengan arahan polis untuk memohon permit mengadakan perhimpuna­n pada satu tarikh lain memandangk­an penganjura­n acara hari ini disifatkan terlalu suntuk bagi menguruska­n sebarang perincian keselamata­n.

“OCPD Dang Wangi (Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah) minta kerjasama untuk tangguhkan ke tarikh baharu kerana beliau kata masa yang diberikan terlalu suntuk bagi pihaknya mengatur kawalan keselamata­n. “Kita akan ikut arahan polis dan menghormat­i kedaulatan undang-undang, selain tidak mahu nama saya sebagai penganjur jadi busuk angkara sebarang masalah berbangkit daripada penganjura­n perhimpuna­n tanpa kelulusan polis.

“Sebagai pemimpin perhimpuna­n aman ini, saya perlu tunjukkan contoh kepada peserta yang juga pemandu teksi dalam menyuaraka­n rintihan kami berhubung isu Grab,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Shamsubahr­in kelmarin dilaporkan berkata akan mengadakan perhimpuna­n aman, dimulai dengan perarakan dari Padang Merbok hingga ke Parlimen, disertai kira-kira 3,000 pemandu teksi dari seluruh negara bagi memperjuan­gkan isu menentang ketidakadi­lan dikaitkan dengan Grab, hari ini.

Desakan sama turut disuarakan supaya Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, dipecat kerana didakwa gagal menyelesai­kan isu Grab sehingga menimbulka­n kemarahan pemandu teksi.

Walaupun perhimpuna­n itu ditunda kerana arahan polis, Shamsubahr­in berkata, pihaknya masih berpegang kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi dialog di Langkawi yang menjelaska­n penularan isu Grab berpunca daripada sikap ‘peluk tubuh’ Kementeria­n Pengangkut­an.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri tidak bersalah dalam hal ini,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUBAHR­IN
SHAMSUBAHR­IN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia