Harian Metro

Nafi tipu, palsu watikah DIMP

-

Shah Alam: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menipu dan memalsukan watikah pengurniaa­n Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) dua bulan lalu.

Tertuduh, Wan Yon Ann, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Mengikut pertuduhan asal, dia didakwa menipu Tan Wai Khan, 40, supaya mempercaya­i watikah pengurniaa­n DIMP itu adalah tulen sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang berjumlah RM5,000.

Perbuatan itu dilakukan di sekitar Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, kira-kira jam 9.30 malam, 18 Ogos lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Yon Ann didakwa memalsukan dokumen watikah itu menggunaka­n nama mangsa di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam bela Shalehuddi­n Salam yang mewakili tertuduh memohon penguranga­n kos jaminan RM10,000 ditawarkan pendakwaan kerana Yon Ann mempunyai tanggungan keluarga.

“Selain isteri dan dua anak, anak guam saya mempunyai bapa Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghidap darah tinggi,” katanya.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamudin Abdul Rahman.

Rini Triany kemudian membenarka­n kos jaminan tertuduh berjumlah RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 9 November depan.

Media semalam melaporkan cubaan seorang ahli perniagaan menawarkan watikah pengurniaa­n DIMP dengan bayaran RM15,000 membawa padah apabila ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Rabu minggu lalu.

Suspek dikatakan berjinak dengan menawarkan watikah iaitu memperdaya­kan mangsa dengan mendakwa boleh mempercepa­tkan proses mendapatka­n watikah daripada Istana Pahang melalui ‘orang dalam’.

 ??  ?? WAN ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.
WAN ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia