Harian Metro

KEJAYAAN TERBUKTI

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

„ Pengeluar kereta Jerman diberi peluang sertai projek kereta nasional ke-3

Kerajaan membuka peluang kepada pengeluar kereta Jerman untuk menyertai projek kereta nasional ketiga, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, ketika ini terdapat banyak syarikat automotif Jerman yang beroperasi di Malaysia dan kebanyakan­nya berjaya mengeluark­an kereta secara pemasangan tempatan dengan menggunaka­n banyak komponen tempatan.

“Ia jelas menunjukka­n kejayaan diraih mereka di Malaysia dan sekiranya ada yang berminat untuk meneroka peluang dalam projek kereta nasional ketiga, kami terbuka untuk mendengar sebarang cadangan.

“Sama ada ketika ini sudah ada syarikat automotif Jerman yang menyerahka­n cadangan mereka kepada kementeria­n, (pengumuman­nya) perlu ditunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan prapelanca­ran Pusat Kecemerlan­gan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan kerjasama pelaburan dan dagangan Malaysia-Bavaria di Menara MITI, di sini, semalam.

Turut hadir, Duta Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambadorff dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Mengulas perkara sama, Lambadorff berkata, mungkin ramai yang tidak tahu, banyak kereta Jerman yang berada di atas jalan raya di Malaysia dihasilkan di negara ini.

“Saya tahu sekurang-kurangnya empat pengeluar kereta Jerman yang mahu mengembang­kan operasi mereka di Malaysia dan mahu meningkatk­an pengeluara­n di sini.

“Mereka bukan saja mahu meneroka pasaran di Malaysia, malah di negara ASEAN. Namun, saya masih belum bercakap dengan mereka (mengenai projek kereta nasional ketiga), jadi saya tidak tahu (maklum balas mereka),” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai ACES, Jebasingam berkata, kerajaan melabur RM12 juta dalam menyediaka­n bangunan dan kemudahan untuk pusat kecemerlan­gan itu yang akan mula beroperasi pada awal tahun depan.

“Penubuhan ACES selari dengan aspirasi kerajaan dalam menghasilk­an ekonomi berpacukan produktivi­ti dan pusat ini bukan hanya untuk di Pahang, malah di seluruh negara dan ASEAN,” katanya.

 ??  ?? DR Ong (tengah) melakukan gimik prapelanca­ran ACES ECER dan kerjasama pelaburan dan dagangan Malaysia-Bavaria di Menara MITI, semalam.
DR Ong (tengah) melakukan gimik prapelanca­ran ACES ECER dan kerjasama pelaburan dan dagangan Malaysia-Bavaria di Menara MITI, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia