Harian Metro

Tumpu golongan B40

-

„ INSKEN sasar tingkat jumlah usahawan daripada isi rumah berpendapa­tan rendah

melatih 28,330 usahawan tempatan menerusi 1,109 program latihan pembanguna­n usahawan yang diadakan di seluruh negara.

“Setakat 2017, INSKEN mendapati 325 daripada 500 syarikat yang mengikuti program latihan kami berjaya meningkatk­an pendapatan sehingga 10 peratus.

“INSKEN menyediaka­n sembilan program yang membantu usahawan dalam pelbagai industri dan kami akan menambah program bersesuaia­n dengan keperluan usahawan,” katanya selepas prapelanca­ran Persidanga­n Kemuncak Pemasaran Global (GMS) di sini, semalam.

Muhd Firdaus berkata, program INSKEN yang lebih khusus dan spesifik tahun ini dapat mengubah prestasi usahawan menerusi sesi pementoran perseorang­an mengikut industri.

“Cara ini lebih dekat untuk usahawan dan mentor mengenal pasti masalah perniagaan dan terus menyelesai­kannya dalam tempoh singkat. Terbaru, kami mencari mentor yang sanggup berkongsi dan mengajar selok-belok memperkasa­kan sektor perniagaan trak makanan,” katanya.

Beliau berkata, berikutan kejayaan penganjura­n GMS tahun lalu, pihaknya sekali lagi menganjurk­an GMS 2018 untuk usahawan tempatan yang berminat melonjakka­n perniagaan mereka sekali gus kekal menerajui pasaran.

GMS 2018 akan berlangsun­g 8 November ini di Grand Hyatt dan sehingga kini, lebih 800 peserta akan mengambil bahagian.

Antara penceramah jemputan yang bakal hadir ialah Rob Craven (Penasihat Jualan Microsoft dan Airbus), Vinita Bali (mantan Pengarah Pemasaran Coca-cola dan Cadbury), Ashraf Sinclair (pelakon dan pemilik TGI Fridays Indonesia) dan Neelofa (Pengasas Naelofar Hijab).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia