Harian Metro

APA SAJA UNTUK DUIT

- Agensi

„ Ibu didakwa cuba bunuh anak semata-mata tagih simpati untuk dapatkan wang derma

Seorang ibu didapati bersalah di mahkamah di Texas, Amerika Syarikat atas tuduhan cubaan membunuh anaknya yang sengaja dibiarkan kelaparan demi menagih simpati, perhatian dan wang derma orang ramai.

Daily Mail melaporkan, juri mendapati Danita Tutt, 42, yang berasal dari Cleburne, Texas bersalah menipu mengenai keadaan anaknya, Colby, 13, yang kononnya menghidapi penyakit kritikal hingga menyebabka­n doktor melakukan pembedahan dan memberi ubat, seterusnya mengakibat­kan kanak-kanak itu mengalami jangkitan kuman serius dalam darahnya yang mengancam nyawa.

Ibu dua anak itu didakwa dengan tiga tuduhan mencederak­an anaknya hingga mengalami cedera serius dan satu tuduhan cubaan membunuh, namun bagi dua tuduhan pertama, dia didapati tidak bersalah.

Dalam kejadian itu, dia dikatakan sengaja membiarkan Colby lapar dan dahaga sebelum memperalat­kan anaknya untuk meraih simpati bagi sumbangan derma termasuk merancang majlis pengebumia­n remaja itu.

Polis mendakwa, remaja itu menjalani pembedahan yang tidak diperlukan hingga mengancam nyawa apabila mengalami jangkitan darah.

Danita ditahan pada 2016 selepas Perkhidmat­an Perlindung­an Kanak-kanak (CPS) mengambil Colby daripada ibunya selepas dia mempersoal­kan nasihat perubatan.

Colby dan adiknya, Colton yang berusia sembilan tahun diambil oleh CPS selepas mengesyaki wanita itu seorang yang gilakan perhatian kerana mempunyai anak sakit.

Sementara itu, wanita terbabit sempat meraih simpati dari seluruh negara di media sosial kononnya Colby mempunyai permintaan terakhir untuk menyaksika­n pertanding­an gusti.

Satu keterangan oleh pentadbir pusat jagaan kepada penyiasat mendedahka­n bagaimana mereka mendapat tahu Colby sebenarnya boleh menelan makanan keras, bukan seperti didakwa Danita, selain doktor juga mengesahka­n dia tidak nazak.

 ??  ?? DAKWAAN palsu oleh ibunya menyebabka­n Colby menjalani pembedahan dan mengambil ubat yang tidak diperlukan. - Agensi
DAKWAAN palsu oleh ibunya menyebabka­n Colby menjalani pembedahan dan mengambil ubat yang tidak diperlukan. - Agensi
 ??  ?? DANITA
DANITA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia