Harian Metro

Maszlee tunggu laporan penuh JPN Bukan omong kosong

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my Firdaus Hashim, Zulfaizan Mansor, Naqib Nor Said & Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Lumpur: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan tergesa-gesa mengulas isu sekolah sukan yang dilabel daif menerusi laporan media baru-baru ini, sebaliknya mahu menunggu laporan penuh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n.

Maszlee berkata, beliau sendiri akan berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mendapatka­n maklumat terperinci mengenai masalah terbabit.

“Saya sendiri akan berhubung dengan mereka (JPN) bagi mendapatka­n laporan terperinci berhubung masalah terbabit dan jika ada waktu saya sendiri akan pergi buat lawatan.

“Cuma saya berharap pihak swasta dan syarikat pengeluar pakaian dan peralatan sukan seperti Yonex, al-Ikhsan dan 100Plus dapat memberikan sumbangan demi memastikan pembanguna­n sukan di peringkat akar umbi terus berkembang,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis penutup sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, semalam.

Ditanya sama ada Kementeria­n Pendidikan akan menubuhkan jawatankua­sa khas bagi menjalanka­n audit ke atas kemudahan asas di semua sekolah sukan, Maszlee berkata, ia bergantung kepada laporan JPN.

“Kita tunggu laporan penuh daripada JPN dulu tetapi kamu jangan buat sebarang spekulasi,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan situasi menyedihka­n itu dialami pelajar SSN

(gambar)

Wilayah Persekutua­n (SSNWP), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa.

Ketika ramai pihak luar beranggapa­n mereka memiliki keistimewa­an dengan ‘layanan’ dan kemudahan lengkap, pelajar SSNWP yang terdiri daripada atlet bola baling, bola jaring, bola sepak, hoki, olahraga, sepak takraw, taekwondo, tinju dan silat boleh dianggap malang.

SSN lain mempunyai stadium mini, dewan latihan dan bas masing-masing tetapi SSNWP yang berpangkal­an di ibu negara tidak demikian sekali gus dianggap ‘tak macam sekolah sukan’ dan seperti ‘anak tiri’.

Malah, ibu bapa mendakwa kemudahan yang disediakan di sekolah harian lebih baik berbanding SSNWP kerana terpaksa mengambil cuti dan berkorban menghantar anak masing-masing menjalani latihan di Stadium Mini Seri Permaisuri yang terletak kira-kira 10 kilometer.

Tidak cukup dengan itu, mereka mendakwa anak masing-masing terpaksa menumpang menginap di bangunan lama Unit Sukan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutua­n dengan kemudahan yang tidak sempurna.

Tidak seperti sekolah sukan. Begitulah yang boleh digambarka­n mengenai Sekolah Sukan Negeri Wilayah Persekutua­n (SSNWP), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa yang sepatutnya mempunyai kemudahan sukan asas, bukannya ‘lesu’ seperti yang berlaku ketika ini.

Ia bukan tuduhan melulu dan perkara itu diakui bekas pelajarnya, Muhammad Phairil Danial yang pernah bersekolah di situ selama lima tahun hingga menamatkan Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM).

Tampil memberikan pendedahan, Phairil menegaskan segala yang dilaporkan NSTP mengenai kemudahan SSNWP SMK Seri Titiwangsa yang ‘indah khabar daripada rupa’ adalah benar kerana dia sendiri pernah menggunaka­n kemudahan terbabit.

Malah, dia yang kini membantu perniagaan ibunya di kampung turut menggarisk­an masalah pengangkut­an serta lokasi asrama yang jauh daripada sekolah sebagai perkara lain yang turut perlu diberi perhatian.

“Kalau sudah nama sekolah sukan sepatutnya fasiliti seperti gelanggang latihan kenalah ada, dari segi lain seperti makanan semua OK.

“Macam kami yang terbabit dengan sukan hoki, hanya hujung minggu saja menjalani latihan di Stadium KPM (Lembah Pantai), kalau hari biasa kami banyak menjalani latihan kecergasan sebab kami berdepan masalah ketiadaan padang hoki.

“Memang boleh latihan diadakan di padang sekolah, tetapi ia bertembung dengan latihan pasukan bola sepak.

“Jadi mustahil untuk kami mengadakan latihan serentak dan pada akhirnya kami lebih banyak menjalani latihan kecergasan di Taman Tasik Titiwangsa,” katanya.

Mengeruhka­n lagi keadaan, mereka terpaksa pergi sendiri ke Stadium Hoki KPM untuk menjalani latihan gara-gara tiada bas pengangkut­an yang disediakan.

“Bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa berdekatan, mereka menghantar sendiri anak masing-masing ke stadium yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah, bagi yang lain mereka terpaksa mengambil pengangkut­an awam seperti monorel di Stesen Titiwangsa.

“Sepatutnya SSN kena ada kemudahan bas sendiri, paling tidak pun kena ada van tetapi setakat yang saya tahu hanya ada sebuah van, kalau sukan lain pun perlukan khidmatnya macam mana?”

Jelasnya lagi, berbanding sukan bola baling, bola jaring, bola sepak, olahraga, sepak takraw, taekwondo, tinju dan silat, hoki menjadi sukan yang paling bermasalah besar.

“Sukan lain juga perlu peningkata­n dari segi fasiliti. Macam olahraga memang mereka turut menjalani latihan di luar pada hari Selasa dan Khamis tetapi untuk mereka disediakan pengangkut­an.”

„ Bekas pelajar akui SSNWP tidak miliki fasiliti sempurna

 ??  ?? PELAJAR SMK Seri Titiwangsa terpaksa berlatih di Stadium KPM Lembah Pantai.
PELAJAR SMK Seri Titiwangsa terpaksa berlatih di Stadium KPM Lembah Pantai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia