Harian Metro

Mane legakan Reds

- Agensi

„ Bintang Liverpool sedia diturunkan menentang Red Star Belgrade

Kebimbanga­n terhadap isu kecergasan Sadio Mane kebelakang­an ini terjawab apabila pemain itu disahkan cergas untuk disenaraik­an Liverpool bagi pertembung­an Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade, awal pagi esok.

Penyerang Senegal itu patah ibu jari tangan ketika menjalani latihan sewaktu rehat antarabang­sa dengan dua lagi bintang, Mohamed Salah dan Naby Keita turut dihimpit kecederaan.

Begitupun, bintang Mesir, Salah disahkan cergas bagi perlawanan Reds menentang Huddersfie­ld baru-baru ini dan meledak gol kemenangan, tetapi Mane dan Keita tidak disenaraik­an dalam skuad.

Seorang lagi tonggak, Roberto Firmino dinamakan dalam bangku simpanan selepas mengharung­i perjalanan jauh dari Brazil ke England.

Pengendali Reds, Juergen Klopp mengakui Mane perlu memutuskan sama ada dia bersedia untuk mengharung­i perlawanan di Anfield dan pemain berusia 26 tahun mengesahka­n dia bersedia untuk kembali disenaraik­an ketika Liverpool berusaha mengembali­kan semula kempen di peringkat Eropah.

Liverpool memperoleh permulaan baik apabila menumbangk­an juara Perancis, Paris Saint-Germain pada perlawanan pertama tetapi kelab Inggeris itu kemudian tewas di tangan Napoli bagi aksi kedua.

Klopp mengakui kemenangan ketika menentang Huddersfie­ld dalam kempen Liga Perdana Inggeris, minggu lalu tidak begitu meyakinkan.

“Saya kadang kala nampak kecewa di tepi padang sekali pun kami menang,” kata pengurus dari Jerman itu.

“Prestasi tidak 100 peratus, kami sepatutnya dapat menjaringk­an gol dalam enam atau tujuh situasi tetapi kami memerlukan hantaran lebih baik.

“Kami melakukan banyak perkara yang hebat dan kemudian hantaran tidak baik. Bagaimana saya ingin menjelaska­nnya? Saya perlu melihat kembali permainan. Pemain-pemain tidak melakukan hantaran yang baik.”

 ??  ?? KEHADIRAN semula Mane (tengah) dalam pasukan mampu tambah bisa Reds berdepan Red Star Belgrade.
KEHADIRAN semula Mane (tengah) dalam pasukan mampu tambah bisa Reds berdepan Red Star Belgrade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia