Harian Metro

Barca ‘seksa’ kehilangan Messi

-

Barcelona: Kebergantu­ngan Barcelona terhadap Lionel Messi akan diuji sekali lagi sama ada bakal mencetus masalah buat kelab itu dalam beberapa minggu akan datang.

Ketika kemenangan Barcelona ke atas Sevilla Sabtu lalu, Messi kelihatan memegang tangan kanannya dalam kesakitan hingga menimbulka­n pelbagai kebimbanga­n dan ternyata kelab itu mengesahka­n pemain bintang itu mengalami retak di tulang lengan.

Ketiadaan pemain itu menyebabka­n situasi Barca goyah ketika saat mereka memerlukan­nya, bagi menghadapi perlawanan menentang

Inter Milan dalam Liga Juara-Juara awal pagi esok, aksi Clasico menentang Real Madrid Ahad ini sebelum perlawanan timbal balik menentang Inter Milan di Itali bulan depan.

Jika pemain itu memerlukan lebih masa daripada jangkaan untuk kembali sembuh, dia mungkin turut terlepas dua perlawanan sukar menentang Real Betis dan Atletico Madrid dalam La Liga.

Apabila pengurus Barca, Ernesto Valverde meletakkan Messi di bangku simpanan ketika seri 1-1 di laman sendiri dengan Athletic Bilbao bulan lalu, rentak perlawanan itu berubah hanya selepas pemain itu masuk pada babak kedua bagi membantu gol penyamaan.

“Inilah Barcelona,” kata Messi. “Kami mempunyai pasukan yang kuat dan kami mempunyai cukup kekuatan untuk tidak bergantung kepada seorang pemain.”

Isu sama dibangkitk­an musim lalu, apabila Messi sebagai pemain gantian membantu kebangkita­n kelab yang sebelum itu ketinggala­n dua gol kepada Sevilla sebelum menjaringk­an gol pada minit ke-89.

“Secara emosinya, anda tahu apabila ada Messi, dia memberikan kami lebih keyakinan kerana dia pemain terbaik di dunia,” kata pemain pertahanan Gerard Pique. “Tapi ia tidak memberi kesan kepada kami.”

 ??  ?? MESSI direhatkan tiga minggu ekoran kecederaan lengan kanan.
MESSI direhatkan tiga minggu ekoran kecederaan lengan kanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia