Harian Metro

Gunners memukau!

- AFP

„ Arsenal terus pamer peningkata­n di bawah kendalian Emery

Pierre-Emerick Aubameyang dan Mesut Ozil mencuri tumpuan dalam perlawanan yang menyaksika­n Arsenal meraih kemenangan ke-10 berturut-turut ketika menewaskan Leicester 3-1, semalam.

Barisan kendalian Unai Emery bangkit selepas Hector Bellerin menjaringk­an gol sendiri pada babak pertama permainan di Stadium Emirates.

Namun, Ozil yang mengetuai skuad Arsenal selepas mengalami kecederaan mempamerka­n magisnya untuk mencetuska­n kebangkita­n bergaya Gunners.

Ozil menyamakan kedudukan sebelum rehat babak pertama dan menjadi perancang utama kepada dua gol yang dijaringka­n Aubameyang pada babak kedua.

Penyerang Gabon, Aubameyang meledak dua gol dalam masa singkat selepas dibawa masuk daripada bangku simpanan, sekali gus memastikan Arsenal meraih kemenangan ke-10 berturut-turut dalam kesemua kejohanan disertai buat kali pertama sejak 2007.

Mereka sudah meledak 30 gol dalam tempoh itu dan kini melonjak ke tangga keempat dalam carta Liga Perdana Inggeris, hanya dua mata di belakang pendahulu Manchester City.

Pada hari ulang tahun ke-69 buat pengendali sebelum Emery, Arsene Wenger, ini adalah satu aksi yang boleh mengimbau kembali zaman kegemilang­an Arsenal di bawah pengendali dari Perancis itu.

Sebaik saja perlawanan tamat, Ozil menyimpulk­an permainan Arsenal dengan menulis di Twitter: “Saya fikir kami bermain bola sepak yang seksi pada malam ini. Kapten berbangga dengan pasukan ini.”

Ia satu permulaan positif bagi mengharung­i minggu yang sibuk dengan Arsenal dijadual berkunjung ke Portugal untuk perlawanan Liga Europa menentang Sporting Lisbon, Jumaat ini sebelum kembali ke saingan domestik di laman Crystal Palace pada Ahad.

“Kami gembira kerana terus meningkat. Kami perlu bermain dalam satu organisasi dan kami juga mula bermain dengan sepenuh hati,” kata Emery.

“Hari ini prestasi pasukan dan juga Mesut, adalah sangat bagus.”

Emery sudah mencetuska­n impak sejak menggantik­an Wenger dan dua kekalahan pada dua perlawanan pertama kendaliann­ya, kini hanya menjadi satu memori.

Malah, penyokong Gunners juga mula mengimpika­n perebutan gelaran selepas meraih kemenangan ketujuh berturut-turut dalam saingan liga.

Bagaimanap­un, Emery enggan mudah terbawa-bawa dengan kejayaan, apabila berkata: “Adalah penting untuk kekal tenang dan terus meningkat bersama pemain. Untuk meneruskan rentak kemenangan adalah sesuatu yang sukar.

“Apabila kamu mempamerka­n peningkata­n, harapan itu sangat tinggi. Kami perlu mengawal permainan lebih daripada apa yang dilakukan ketika ini.”

 ??  ?? AUBAMEYANG
AUBAMEYANG
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia