Harian Metro

PBSNT, PAFA mula jual tiket final Piala Malaysia esok

- Malik Muhamad dan Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan memulakan jualan tiket final Piala Malaysia, esok.

Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim berkata, sebanyak 30,000 tiket diperuntuk­kan kepada penyokong setia skuad Penyu yang berminat untuk menyaksika­n perlawanan yang bakal berlangsun­g di Stadium Shah Alam itu.

“Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia akan dijual pada Khamis ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kaunter jualan tiket akan mula dibuka pada jam 10 pagi hingga habis pada hari berkenaan dengan harga RM50 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak berharga RM10 dan hanya lima keping tiket dibenarkan bagi setiap peminat.

“Bagi penyokong yang datang dari jauh pula, mereka boleh membelinya secara dalam talian yang diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” kata Hishamuddi­n.

Dalam pada itu beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, kejayaan TFC mara ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2011 membangkit­kan keghairaha­n peminat terhadap bola sepak.

“Kami harap kehadiran lebih 30,000 penyokong pada aksi final nanti mampu menyuntik lagi motivasi pemain untuk menjulang piala berprestij itu selepas kali terakhir dimenangi pada 2001.

Sementara itu, Perak akan mula menjual tiket final pada Khamis ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, jualan tiket di daerah akan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Beliau berkata, lokasi jualan tiket ialah di Mini Stadium Kerian di Parit Buntar, Dewan Jubilee Kuala Kangsar di Kuala Kangsar, Taman Payabakau di Manjung, Kaunter Pandu Lalu Majlis Perbandara­n Teluk Intan di Teluk Intan, Pejabat Daerah Lenggong di Lenggong, Stadium Mini Tapah di Tapah dan Majlis Daerah Muallim di Tanjung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia