Harian Metro

Hakim lihat kawasan nahas empat maut

-

Tawau: Hakim Mahkamah Sesyen, Awang Kerisnada Awang Mahmud yang mengendali­kan kes wanita memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabka­n kematian empat lelaki

Julai lalu, meninjau lokasi kemalangan, malam kelmarin.

Beliau yang diiringi jurubahasa serta kakitangan mahkamah tiba di lokasi kejadian di Pusat Komersial BDC (1Arena), Jalan Chong Thien Vun di sini, jam 8 malam dan berada di situ kira-kira 30 minit.

Turut hadir, Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan, tertuduh Olivia Chong Oi Yun, 34, bersama peguam Abdul Ghani Zelika dan pegawai penyiasat bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Difahamkan, pihak pendakwaan sudah memanggil lima daripada 20 saksi yang dijangka akan memberi keterangan pada perbicaraa­n yang sedang berlangsun­g.

Mengikut kertas pertuduhan, Olivia yang bekerja sebagai eksekutif pengurusan syarikat swasta didapati memiliki tahap alkohol dalam darahnya melebihi had ditetapkan dan menyebabka­n kematian empat individu.

Mereka yang maut dalam kejadian pada 8

Julai lalu itu ialah Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21; Dicson Lim Kien Shing, 16, dan Chong Wei Chan, 21, selain mengakibat­kan Chin Guan Xiong, 21, patah kaki.

Tertuduh yang juga bekas calon parti politik tempatan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lima tahun lalu, dituduh mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara sehingga 10 tahun.

 ??  ?? AWANG Kerisnada (kanan) melawat lokasi kemalangan di Pusat Komersial BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun.
AWANG Kerisnada (kanan) melawat lokasi kemalangan di Pusat Komersial BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia