Harian Metro

Penjara setahun curi syampu, sabun

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki merayu hukuman diringanka­n sebelum dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri syampu dan sabun pencuci bernilai RM51.05, pada 12 Ogos lalu.

Tertuduh, Haffizan Hanafiah, 28, ketika sesi rayuan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama selain merayu hukuman dipendekka­n kerana dia perlu menjaga ahli keluargany­a.

Bagaimanap­un, ketika menjatuhka­n hukuman itu, Majistret Cindy Mc

Jude Balitus mengarahka­n tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman bermula tarikh ditangkap.

Haffizan mengaku bersalah mencuri dua barangan iaitu dua botol syampu jenis Clear Man dan sebotol sabun pencuci jenis Dettol bernilai RM51.05 di CKS Grocer, Warisan Square di sini, jam 4.30 petang, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM100 selepas mengaku bersalah mencuri satu kilogram gulagula jenis Cocoland Lot 100 Mango Gummy.

Cindy turut mengarah kedua-dua tertuduh menjalani tambahan sebulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dijalankan Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Albert Basiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia