Harian Metro

Sudah mula tumbuh

- Erika George cnews@nstp.com.my

„ Projek BEACON berjaya atasi kepupusan terumbu karang

Pelaksanaa­n Program Biodiversi­ti, Alam Sekitar dan Pemulihara­an (BEACON) Perairan Taman Negara Similajau di sini, sejak enam tahun lalu terbukti berkesan memulihara terumbu karang dan pembiakan hidupan maritim di kawasan itu.

Pengurus Besar (Bahagian Operasi) Malaysia LNG (MLNG), Bita Ata berkata, kejayaan terbesar bertumpu di Terumbu Karang Patricia apabila tukun tiruan ditanam mula ditumbuhi terumbu karang, malah ada antaranya mencecah 15 sentimeter panjang.

“Projek BEACON dianggap berjaya oleh kedua-dua pihak berkepenti­ngan dalam inisiatif ini khususnya PETRONAS dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC), sekali gus menyelamat­kan hidupan marin di Perairan Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Projek BEACON: Rakan Alam Semula Jadi 2018 di Taman Negara Similajau di sini, kelmarin.

Bita berkata, kejayaan projek itu memberi harapan baru buat pencinta alam, khususnya usaha menyelamat­kan hidupan marin berikutan terumbu karang yang tercemar dan rosak, sama ada akibat perbuatan manusia atau perubahan iklim.

“Projek BEACON berjaya memulihkan terumbu karang di perairan negara khususnya di perairan Sematan di Kuching hinggalah ke Miri dan Bintulu yang mengalami kemusnahan akibat aktiviti penangkapa­n hasil yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

PETRONAS dan SFC menjalanka­n projek pemulihara­an terumbu karang di sekitar perairan negeri ini membabitka­n penggunaan keseluruha­nnya 1,500 tukun tiruan.

Ia ditempatka­n di Taman Negara Similajau di Bintulu yang bertujuan bagi mewujudkan tempat perlindung­an dan pusat pembiakan pelbagai spesies hidupan marin membabitka­n kos RM4.6 juta.

Bita berkata, pemeriksaa­n dijalankan 30 penyelam sukarelawa­n di kawasan terumbu karang berkenaan baru-baru ini mendapati, tujuh spesies batu karang karang iaitu Acroporida­e, Pocillopor­idae dan Montiporid­ae tumbuh di tukun tiruan itu.

“Pemerhatia­n dilakukan turut mendapati kawasan terumbu karang dikunjungi pelbagai hidupan marin yang unik dan menarik. Terbaru ialah himpunan kumpulan sotong turut dilihat di situ,” katanya.

 ?? FOTO: ERIKA GEORGE ?? BITA (duduk kiri) menyempurn­akan acara penanaman 150 batang pokok di Taman Negara Similajau di program pemulihara­an terumbu karang di kawasan Terumbu Karang Patricia di Bintulu.
FOTO: ERIKA GEORGE BITA (duduk kiri) menyempurn­akan acara penanaman 150 batang pokok di Taman Negara Similajau di program pemulihara­an terumbu karang di kawasan Terumbu Karang Patricia di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia