Harian Metro

Lahad Datu boleh dilanda tsunami

-

Kota Kinabalu: Walaupun kebarangka­liannya rendah, bandar Lahad Datu boleh berdepan ancaman tsunami berpunca daripada gempa bumi dasar laut di perairanny­a, selain gempa bumi dasar laut di perairan Filipina atau Indonesia.

Kemungkina­n itu berdasarka­n kedudukan Lahad Datu yang dikenal pasti antara lokasi paling kerap dilanda gempa bumi di negeri ini selain Ranau.

Ini berikutan kewujudan dua sesar aktif di daerah itu dengan ada antara gempa sebelum ini dikesan berpusat di laut.

Pakar geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul berkata, walaupun kemungkina­n tsunami akibat gempa bumi tempatan sangat kecil, gegaran kuat boleh menyebabka­n tanah runtuh bawah laut dan ia boleh menghasilk­an tsunami.

“Tsunami boleh berlaku tetapi sangat kecil kemungkina­nnya sebab air laut (di perairan Lahad Datu) agak cetek. Kita perlu air laut sangat dalam untuk menghasilk­an tsunami yang signifikan.

“Gegaran boleh menyebabka­n tanah runtuh bawah laut di sekitar perairan Lahad Datu yang boleh menghasilk­an tsunami, tetapi kemungkina­n ini sangat tipis,” katanya.

Sebelum ini, Dr Felix mendedahka­n kawasan pantai timur dan utara Sabah bermula dari Kudat hingga ke Tawau berisiko tinggi dilanda tsunami jika berlaku gempa bumi kuat dasar laut di Laut Sulu atau Laut Sulawesi.

Beliau mendedahka­n, tsunami setinggi satu hingga lima meter dari perairan Filipina dan Indonesia itu boleh sampai dalam masa sesingkat 30 minit sebelum membadai pantai timur dengan Tawau dikenal pasti paling terjejas kerana bentuk muka buminya yang rata.

Dr Felix yang juga Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam Sabah UMS berkata, negeri ini terdedah kepada ancaman tsunami jika gempa bumi kuat dasar laut berlaku di Peparit (Trenches) Manila, Mindoro dan Cotabato di perairan Filipina selain Peparit Sulawesi Utara, Indonesia.

 ?? Dr Felix ?? Gegaran boleh menyebabka­n tanah runtuh bawah laut di sekitar perairan Lahad Datu yang boleh menghasilk­an tsunami, tetapi kemungkina­n ini sangat tipis signifikan”
Dr Felix Gegaran boleh menyebabka­n tanah runtuh bawah laut di sekitar perairan Lahad Datu yang boleh menghasilk­an tsunami, tetapi kemungkina­n ini sangat tipis signifikan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia