Harian Metro

Maklumat belum cukup

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

CFM mahu pengguna buat rujukan

Isu harga baru Internet jalur lebar talian tetap menjadi tumpuan sejak akhir ini.

Pengumuman Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini menyaksika­n penurunan harga jalur lebar talian tetap sehingga 56 peratus dan menjadikan harga baru terbabit dapat dinikmati semua pelanggan sedia ada.

Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad

Yusrizal Yusoff (gambar) menyokong inisiatif yang dilakukan menteri, Gobind Singh Deo dan kerjasama yang diberikan oleh penyedia perkhidmat­an terutama Celcom, Maxis, TIME dan TM bagi memastikan jalur lebar mampu dimiliki semua rakyat Malaysia.

Walaupun harga sudah dikurangka­n, CFM masih terus menerima beberapa jumlah pertanyaan dan rungutan yang disuarakan di media sosial CFM mengenai maklumat terperinci tawaran baru terbabit.

“Semakan semula harga jalur lebar ini adalah sesuatu yang baru kepada semua pelanggan dan pengguna dan saya percaya mereka tidak mendapat maklumat yang mencukupi mengenai harga, kelajuan dan butiran terma serta syarat.

“Sebagai sebuah forum pengguna yang memberi tumpuan kepada perkhidmat­an telekomuni­kasi dan multimedia, kami sentiasa aktif berhubung dengan ahli-ahli kami (penyedia perkhidmat­an) agar maklumat yang tepat dapat dikongsika­n dengan semua pengguna,” katanya.

CFM menghimpun­kan maklumat penting untuk rujukan pengguna mengenai harga baru Internet jalur lebar talian tetap menunjukka­n pakej tertentu yang ditawarkan mempunyai lanjutan kontrak.

Pelanggan dinasihatk­an untuk menghubung­i penyedia perkhidmat­an masing-masing untuk mendapatka­n maklumat dan penjelasan lanjut.

“Selain itu, kami juga menerima aduan mengenai isu tiada liputan dan kelajuan. Di Malaysia, terdapat begitu banyak pilihan yang boleh didapati untuk pengguna.

“Kita mempunyai pelbagai pakej jalur lebar tanpa wayar dan jalur lebar satelit. Kita harus bijak dalam membuat pilihan terbaik dengan mengetahui jenis penggunaan kita dan tahap penggunaan masingmasi­ng,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia