Harian Metro

Naik letih ‘hadap’ isu kereta sapu

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

„ Persatuan kesal sikap agensi penguatkua­saan

Walaupun Kementeria­n Pengangkut­an sudah mengeluark­an arahan penguatkua­saan pada 14 September lalu, kegiatan ‘kereta sapu’ membabitka­n pelbagai model kenderaan dari Wilayah Kalimantan, Indonesia terus berleluasa di kawasan sempadan Tebedu-Entikong di sini.

Malah, sejak arahan itu dikeluarka­n Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, belum ada sebarang tindakan diambil oleh agensi atau jabatan berkaitan yang dipertangg­ungjawabka­n menangani isu berkenaan.

Jurucakap Persatuan Kereta Sewa Serian berkata, tindakan penguatkua­saan sedia ada dilihat cukup lemah, malah ‘kereta sapu’ terus bebas keluar masuk pintu sempadan hingga menjejaska­n pendapatan pengusaha kereta sewa tempatan.

Katanya, lebih menyedihka­n, ‘kereta sapu’ dari wilayah berjiran itu bebas melakukan aktiviti mengambil dan menurunkan penumpang walaupun pihak persatuan sudah ‘naik letih’ keluar masuk bangunan kerajaan semata-mata merayu tindakan lebih tegas dilaksanak­an.

“Bukankah Menteri Pengangkut­an sudah mengeluark­an arahan jelas kepada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) hanya dengan penguatkua­saan kerap saja kegiatan ‘kereta sapu’ mampu dilumpuhka­n. Bukankah beliau sudah arahkan perkara itu dibuat demi menjaga periuk nasi kami?

“Sampai bila kami mahu menunggu dan bersabar. Adakah selepas semua ahli persatuan (80 ahli) gulung tikar baharu agensi berkenaan mahu ambil tindakan. Sampai bila kita perlu jadi ‘pekak, tuli dan buta’,” katanya.

Pada 14 September lalu, Anthony Loke ketika menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak, secara langsung mengeluark­an arahan kepada Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah, supaya bertindak segera melumpuhka­n kereta sapu negara jiran.

Bagaimanap­un, tinjauan mendapati, puluhan kereta sapu dari negara jiran kekal beroperasi secara haram sehingga ke Pasar Baharu Tebedu, di sini, dengan bersubahat bersama sebuah syarikat bas milik rakyat tempatan.

 ??  ?? PEMANDU kereta sapu menunggu di hadapan bas bagi mengambil penumpang.
PEMANDU kereta sapu menunggu di hadapan bas bagi mengambil penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia