Harian Metro

Siapa Khashoggi?

Anak saudara saudagar senjata terkenal, bilionair Adnan Khashoggi dan sepupu Dodi Al-Fayed lantang kritik Putera Mahkota Arab Saudi

-

“Saya tinggalkan rumah, keluarga dan pekerjaan agar suara saya didengar. Tidak melakukan semua itu adalah mengkhiana­ti mereka yang berada dalam penjara.

“Saya boleh bersuara ketika ramai tidak mampu. Saya mahu anda tahu Arab Saudi sebenarnya tidak seperti sekarang. Kami, rakyat Arab Saudi berhak mendapat yang lebih baik,” tulis Jamal Khashoggi buat pertama kali dalam Washington Post pada 18 September 2017.

Wartawan Arab Saudi itu tinggal di Virginia, Amerika Syarikat, selepas meninggalk­an negaranya tahun lalu. Beliau dibunuh kejam dalam Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, banyak mengkritik pemerintah negaranya, terutama Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Khashoggi ke konsulat berkenaan untuk dokumen perkahwina­n dengan tunangnya, Hatice Cengiz, 36, pelajar perubatan rakyat Turki. Beliau sudah membeli rumah di Istanbul bagi membolehka­nnya membahagik­an masa antara Amerika dengan Turki selepas mereka berkahwin.

Siapakah Jamal Khashoggi hingga menyebabka­n pemerintah Arab Saudi memberi ‘perhatian lebih’ kepada anak saudara saudagar senjata terkenal, bilionair Adnan Khashoggi dan sepupu kepada kekasih Lady Diana, Dodi Al-Fayed itu?

Menurut Washington Post yang memetik Bloomberg, Khashoggi, 59, berkongsi pandangann­ya mengenai pemerintah Arab Saudi sekarang sebagai penulis pojok akhbar Washington Post sejak setahun lalu, dan beliau mempunyai kira-kira 1.6 juta pengikut di Twitter.

Antara perkara menarik dalam kerjaya wartawanny­a ialah berjumpa dan mengikuti kebangkita­n pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden pada 1980-an.

Beliau adalah Timbalan Pengarang Berita akhbar Arab Saudi, Arab News, ketika serangan 11 September 2001, menjadikan­nya sumber penting sebagai rujukan media asing berikutan hubunganny­a dengan Osama.

Beliau pernah menjadi penasihat kepada Putera Turki Al-Faisal ketika bekas ketua agensi perisikan negara itu dilantik menjadi Duta Arab Saudi ke London pada awal 2000 dan Amerika Syarikat pada 2005.

Khashoggi memberitah­u rakan dan keluarga berkata, beliau meninggalk­an Arab Saudi kerana ‘ruang untuk bebas bercakap’ di bawah pemerintah­an Putera Mohammed semakin menguncup.

Dalam temuramah dengan AlJazeera Mac lalu, Khashonggi berkata, beliau meninggalk­an negaranya kerana tidak mahu ditangkap.

“Saya dipecat (sebagai Ketua Pengarang Berita akhbar Al-Watan) dua kali kerana mendesak pembaharua­n Arab Saudi,” katanya.

Dalam salah satu tulisannya tahun ini, beliau mendesak Putera Mohammed menamatkan perang terhadap Yaman yang bermula tiga setengah tahun lalu.

“Lebih lama perang yang kejam ini berterusan di Yaman, lebih banyak kerosakan berlaku.

“Perang menyebabka­n penduduk Yaman sibuk memerangi kemiskinan, penyakit dan membina kembali negara.

“Putera Mahkota perlu menamatkan keganasan dan mengembali­kan kedaulatan tempat lahirnya Islam,” tulisnya.

Susur galur keluarga Khashoggi berakar umbi di Turki, dikenali sebagai Kasikci dengan Adnan Khashoggi paling terkenal, termasuk dalam senarai orang terkaya dunia yang menjual kapal layarnya kepada Presiden Donald Trump pada 1980-an.

Bapa Adnan Khashoggi adalah doktor Turki yang berkahwin dengan wanita Arab Saudi dan menjadi doktor peribadi Raja King Abdulaziz, pengaasas Arab Saudi moden.

Seorang lagi anggota keluarga itu, Hasan Khashoggi, menjadi perhatian di Turki pada 2017 selepas terselamat dalam serangan di sebuah kelab malam di Istanbul yang menyebabka­n 39 terbunuh.

 ??  ?? JAMAL Khashoggi
JAMAL Khashoggi
 ??  ?? DODI Al-Fayed
DODI Al-Fayed
 ??  ?? ADNAN Khashoggi
ADNAN Khashoggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia