Harian Metro

Strategi ampuh jerat TFC

-

Ipoh: Tempoh dua hari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini akan digunakan sebaik mungkin oleh pengendali Perak, Mehmet Durakovic dalam mempersiap­kan pasukannya menghadapi Terengganu FC (TFC).

Jurulatih dari Australia itu yang ditemui di Stadium Perak di sini berkata, sesi latihan semalam sekadar untuk memulihkan kembali stamina pemain dan baki dua hari selepas itu akan digunakan bagi merancang strategi terbaik.

Durakovic berkata, walaupun beberapa pemain mengalami kecederaan selepas aksi separuh akhir kedua menentang Sabah hujung minggu lalu, namun ia hanya cedera ringan dan tidak menjejas perancanga­n keseluruha­n.

“Memang ada beberapa pemain cedera, tapi ia tidak mengganggu perancanga­n kami dan mereka boleh pulih sebelum aksi final.

“Selepas pertarunga­n sengit di

Kota Kinabalu, pemain turun menjalani pemulihan hari ini (semalam) dan selepas itu barulah kami menjalani latihan lebih intensif,” katanya.

Ditanya mengenai peluang pasukannya, Durakovic tidak mahu mendabik dada dan menganggap peluang kedua-dua pasukan sama kerana ia perlawanan akhir.

“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata. Siapa yang kurang melakukan kesilapan dan fokus sepanjang perlawanan pasti berjaya.

“Terengganu pasukan yang bagus dan kami akan cuba bermain sebaik mungkin bagi mengekang kekuatan mereka, sekali gus memenangi final kali ini,” katanya.

 ?? FOTO: ABDULLAH YUSOF & GHAZALI KORI ?? PEMAIN Perak melakukan sesi latihan
ringan di Stadium Perak semalam.
FOTO: ABDULLAH YUSOF & GHAZALI KORI PEMAIN Perak melakukan sesi latihan ringan di Stadium Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia