Harian Metro

Pemuda UMNO minta Zahid bercuti

-

Lumpur: Pemuda UMNO sebulat suara menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertimb­angkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalanka­n tugas sebagai presiden sehingga kes beliau dibicaraka­n dan diputuskan di mahkamah.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gesaan itu untuk memberi peluang kepada Ahmad Zahid yang berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah menumpukan usaha membersihk­an nama di mahkamah.

“Adalah tidak adil membebanka­n Presiden parti yang berdepan dengan banyak pertuduhan terus memimpin parti dalam keadaan UMNO perlu bergerak pantas.

“Akan tetapi permintaan bercuti dan berehat tidak bermakna kita menjatuhka­n hukuman beliau bersalah atau harus melepaskan jawatan. Kita hanya minta bercuti dan berehat untuk fokus kepada kes dan pertuduhan di mahkamah.

“Pemuda UMNO melahirkan rasa simpati dan amat dukacita dengan jumlah pertuduhan yang terpaksa dihadapi Presiden UMNO.

“Pemuda tetap berpendiri­an selagi tidak disabitkan hukuman, beliau berhak dilayani sebagai tidak bersalah berdasarka­n prinsip Islam dan perundanga­n seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

“Biarlah proses perundanga­n berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di mahkamah, bukan di pentas media.

“Pemuda UMNO mahu beliau diberikan hak serta peluang membela diri dan mendapat keadilan sepenuhnya,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Dato Onn di sini, semalam.

Ahmad Zahid minggu lalu mengaku tidak bersalah dan mohon bicara di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau akan menggunaka­n mahkamah sebagai tempat terbaik melakukan pembelaan terhadap dirinya.

Dalam pada itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini berkata, Ahmad Zahid mungkin perlu bercuti selepas berdepan 45 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, ketika ditanya bilakah Pemuda UMNO menyuaraka­n pandangan ini kepada Ahmad Zahid, Asyraf Wajdi berkata, ia akan dititipkan dalam program pemukiman pergerakan itu di Janda Baik hujung minggu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia