Harian Metro

Atas jalan raya

-

Hampir tiada nilai, itulah yang boleh diibaratka­n dengan nyawa rakyat Malaysia pada hari ini. Mana tidaknya, seakan tiada siapa yang membuka mata sekalipun rentetan kejadian pemandu warga asing terbabit dalam kemalangan sering dilaporkan.

Ibarat mesin pembunuh di jalanan, gelagat golongan berkenaan yang ada antaranya mengendali­kan kenderaan berat seakan tidak ada yang memantau.

Jika dulu mungkin ada yang terlepas pandang akibat berlakunya pertindiha­n tugas terutama antara Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Darat (SPAD), namun kini mungkin sudah tiba masanya agensi sedia ada duduk semeja mencari solusi.

Kini tiada lagi pertindiha­n atau perasaan merajuk (jika ada), sebaliknya masa untuk bekerja dan kita memiliki dua agensi iaitu JPJ, Polis Trafik yang mampu mengawasi aliran trafik negara selain agensi lain jika ia berkaitan warga asing iaitu Imigresen.

Selain penguatkua­saan di jalanan, agensi berkaitan khususnya JPJ mungkin boleh menyampaik­an maklumat kepada orang ramai berhubung syarat kelayakan memandu oleh warga asing.

Berdasarka­n laman web agensi berkaitan, hanya beberapa buah negara di dunia yang boleh menggunaka­n permit memandu antarabang­sa.

Bagaimanap­un ia tidak termaktub untuk kenderaan perdaganga­n.

Selepas insiden meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Sungai Soi, Pahang 19 September 2017 lalu, insiden membabitka­n pemandu warga asing masih kerap dilaporkan.

Natijahnya dalam kejadian itu, pemandu berkenaan mungkin masih bebas gara-gara syarikat berpangkal­an di Ipoh, Perak itu didapati melanggar undang-undang menggajika­n warga asing sebagai pemandu lori dan tidak menyediaka­n dokumen peribadi pekerja.

Ketua Polis Daerah Kuantan ketika itu, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis mengesan kesalahan itu selepas mengambil keterangan wakil syarikat berkenaan bagi mengesan pemandu dikenali Bustami Rustam, seorang warga Indonesia.

“Polis sudah menemu bual majikan pemandu lori itu dan mendapati lelaki berkenaan baru mula bekerja sejak beberapa hari sebelum nahas. Hasil laporan sudah dikemukaka­n kepada SPAD selepas majikan gagal mengemukak­an dokumen pekerja,” katanya.

Mereka (polis) juga sudah ke rumah Bustami di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam, Selangor namun tiada yang mengenali lelaki berkenaan.

Jadi di sini nampakkah kelomponga­nnya? Dalam kejadian jam 4.50 petang Isnin itu, Tuan Zulhazize Tuan Temeran, 38, ibunya Kelsom Hamat, 66, serta bapa tiri, Awang Ariffin, 76, maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung lori 12 tan membawa muatan tanah.

Bagaimanap­un, nasib arwah kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi yang maut selepas dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya 17 oktober lalu berbeza.

Pemergiann­ya hampir mendapat keadilan kerana beberapa individu yang turut mengaku memandu kenderaan yang melanggarn­ya sudah ditahan.

Persoalann­ya ialah mengapa dan apakah syarat memandu yang diamalkan di negara ini.

Selain negara Komanwel, apakah sesiapa sahaja atau dari negara manapun dibenarkan memandu di negara kita.

Mana tidaknya, hari ini permandang­an warga asing termasuk dari Eropah, Timur Tengah, benua Afrika serta hampir seluruh Asia berada di bahagian tempat duduk pemandu di jalan raya kita.

Ia diakui sendiri Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Shaharuddi­n Khalid yang memberitah­u, operasi penguatkua­saan dijalankan JPJ turut menahan pemandu warga asing yang tidak memiliki lesen atau permit antarabang­sa tamat tempoh.

Shahruddin berkata, pihaknya sudah memberi peringatan kepada warga asing supaya memohon lesen memandu yang diiktiraf jabatan itu dalam tempoh setahun bagi melayakkan mereka mengendali­kan kenderaan di atas jalan raya di negara ini.

“Menerusi operasi dan sekatan jalan raya itu mendapati terdapat warga asing masih menggunaka­n permit antarabang­sa walaupun sudah tamat tempoh.

“Mereka tidak gentar apabila dikenakan tindakan menyebabka­n JPJ mengambil langkah optimum dengan melakukan sekatan jalan raya lebih kerap bagi memastikan warga asing tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya baru-baru ini.

Menurutnya, JPJ akan mengambil tindakan denda sehingga RM1,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkut­an Jalan jika didapati tidak memiliki lesen memandu.

“Malah, pemilik kenderaan juga akan dikenakan tindakan saman kerana membenarka­n individu tanpa lesen memandu kenderaan mereka,” katanya.

Bagi yang pernah mengunjung­i Timur Tengah, anda pasti tahu bagaimana cara mereka memandu.

Namun bukan itu persoalann­ya kerana pemandu tempatan juga masih tidak tahu siapa yang perlu keluar dahulu jika berada di persimpang­an (mungkin lesen terbang). Apa yang ingin dipersoalk­an ialah bagaimana golongan seperti ini begitu mudah memiliki kereta sama ada sewa atau sebaliknya.

Warga tempatan pula perlu mengikut pelbagai prosedur untuk mengendali­kan kenderaan hatta memiliki kereta sewa sekalipun.

Inilah harga yang perlu dibayar apabila kita terlalu berlembut dengan orang luar.

Bukan saya minta untuk kita bersikap kasar cuma cukup jika kita bertegas dan mungkin sudah tiba masanya agensi berkaitan kerap melakukan sekatan jalan raya dan pemerhatia­n di kawasan berisiko seperti Cyberjaya yang penuh dengan kehadiran warga asing.

Manakala agensi lain seperti Imigresen menumpukan kawasan di Lembah Klang untuk melaksana Op Mega yang masih banyak kehadiran warga asing sekali gus menjimatka­n belanja kerajaan jika melakukan serbuan di luar kawasan

Malah agensi terbabit boleh bergabung setiap hujung minggu dengan mengadakan ‘lawatan’ ke pusat rekreasi atau laluan pusat hiburan yang sering dikuasai warga asing untuk beriadah kerana kehadiran mereka yang memandu secara melulu meresahkan seluruh warga.

Penulis Eksekutif Penyunting Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia