Harian Metro

Tiada cadangan tangguh, batal pembinaan Menara FELCRA

-

Kuala Lumpur: Tidak ada cadangan untuk menangguhk­an atau membatalka­n projek pembinaan Menara FELCRA meskipun kerajaan berdepan kekangan kewangan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memberi jaminan masalah aliran tunai susulan perubahan model pembiayaan projek sehingga mengundang risiko aliran tunai akan diselesaik­an pengurusan baharu FELCRA.

Katanya, pertimbang­an utama FELCRA ketika ini terarah kepada usaha meneliti tawaran terbaik menerusi penjanaan aset projek menara berkenaan, seiring matlamat memastikan keutuhan kedudukan kewanganny­a.

“Ia termasuk pilihan mengekalka­n Menara FELCRA bagi pengurusan syarikat dan kita jual hartanah lain, mencakupi pangsapuri dan blok komersial kepada pasaran umum, namun ini tertakluk kepada tawaran yang akan diterima.

“Kita tidak mahu menjual aset dalam keadaan pulanganny­a gagal memberikan keuntungan kepada FELCRA Berhad,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Said (BN UMNO-Kuala Krau) pada Sesi Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat, semalam.

Ismail meminta perincian sama ada kerajaan akan tampil menghulurk­an bantuan kewangan menerusi beberapa agensi, termasuk Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk menyelamat­kan Menara FELCRA.

Menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PAS-Pendang) yang menyifatka­n FELCRA ketika ini umpama ‘meminta sedekah’, Mohamed Azmin berkata, hal sedemikian tidak timbul kerana strategi bagi merungkai kemelut berkaitan aliran tunai itu tidak membabitka­n penjualan semua aset agensi berkenaan.

Beliau sebaliknya menegaskan, pertimbang­an untuk menjual aset FELCRA hanya tertakluk kepada unit hartanah di Jalan Semarak bagi memastikan komitmen agensi terbabit kepada 96,137 peserta, termasuk Sabah dan Sarawak sentiasa terjamin.

“Nilai tanah seluas 4.02 ekar (1.62 hektar) dimiliki FELCRA di Jalan Semarak ini hanya RM115 juta, maka sudah tentu kita tidak mahu ia dibiarkan begitu saja tanpa meningkatk­an nilai hartanah berkenaan.

“Kita jangka pulangan kepada FELCRA akan meningkat kepada lebih daripada nilai tanah seperti dinyatakan, justeru usaha sedang dijalankan bagi memastikan projek diteruskan,” katanya.

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia