Harian Metro

‘2018 tahun terbaik dalam karier’

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

“Tekanan di pertanding­an ini sememangny­a jauh berbeza dengan aksi B-19 Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) sebelum ini. Apapun, saya akan berusaha membantu pasukan meraih kemenangan ke atas China,” katanya.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu dilihat tidak memiliki kelebihan selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan kerana bukan saja perlu menang selesa ke atas China namun pada masa sama mengharapk­an Arab Saudi menang ke atas Tajikistan. Kuala Lumpur: 2018 mungkin boleh dianggap sebagai tahun paling bertuah buat pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin.

Bukan setakat berjaya membantu pasukannya mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia namun persembaha­n pemain berusia 24 tahun itu turut menarik perhatian pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Mula dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan sejak Ogos lalu, pemain tengah itu diturunkan buat kali pertama pada aksi bertemu Kemboja pada 11 September dan memperagak­an aksi yang meyakinkan.

Kini, dengan hanya selangkah untuk menempatka­n diri dalam skuad ke Piala AFF Suzuki, Azzizan menyasarka­n untuk menutup 2018 dengan gemilang.

“2018 mungkin tahun terbaik sepanjang karier saya. Pencapaian bersama kelab juga baik dan berpeluang mewakili skuad negara, sememangny­a ini menjadi impian saya.

“Saya tidak pernah terfikir dapat mewakili negara, tetapi peluang beraksi di Piala Suzuki AFF 2018 sudah berada di depan mata, jadi saya tidak akan mensia-siakannya.

“Peluang ini membuatkan saya mahu terus bekerja keras, Jika dapat mewakili negara ke Piala Suzuki AFF 2018, pencapaian ini akan menjadi penutup tahun yang baik kepada saya,” katanya.

Mengulas mengenai perkembang­annya bersama skuad negara, pemain yang menjadikan bintang

Chelsea, N’Golo Kante sebagai idola itu mengakui tidak berdepan masalah dengan rakan sepasukann­ya.

“Walaupun saya pemain baharu tetapi saya semakin selesa dengan suasana dalam kem dan bersama rakan sepasukan yang lain,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia