Harian Metro

Elak penalti lagi...

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

„ Skuad B-19 janji enggan beri ‘gol percuma’ buat lawan

Dua penalti dalam dua aksi. Fakta itu sangat membimbang­kan buat skuad B-19 negara apatah lagi mereka bakal mengharung­i perlawanan ‘hidup-mati’ menentang China pada Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 malam ini.

Pada aksi pembukaan bertemu Arab Saudi, lawan beroleh sepakan penalti selepas bola terkena tangan Anwar Ibrahim, namun penjaga gol, Mohd Azri Ghani bijak menafikan sepakan yang diambil Turki Al Ammar itu.

Bagaimanap­un, Malaysia tidak dapat mengelak daripada tewas 1-2.

Pada aksi kedua bertemu Tajikistan pula, Muhd Al Imran Abdul Halim menghadiah­kan penalti buat lawan apabila mengasari Boboev Sheriddin dan Mohd Azri gagal mengulangi kecemerlan­gan bagi menyelamat­kan sepakan penalti yang disempurna­kan Ehsoni Panshanbe.

Justeru, Al Imran akan berusaha memperaga corak permainan yang lebih berhati-hati bagi mengelak daripada memberikan ‘gol percuma’ pada aksi penentuan di Stadium Pakansari, Cibinong, malam ini.

“Saya meminta maaf kepada rakan sepasukan kerana memberikan sepakan penalti pada aksi bertemu Tajikistan kerana jika tidak, sudah tentu kami boleh memenangi perlawanan terbabit.

“Saya akan memperbaik­i kesilapan pada perlawanan yang akan datang. Mungkin perasaan gugup memberikan sedikit masalah kepada saya kerana aksi menentang Tajikistan adalah perlawanan pertama saya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia