Harian Metro

MAIN BOLA CARA ‘KOTOR’

- Muhammad Saufi Hassan dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

„ ‘Bomoh import’ jadi sandaran ubah keputusan perlawanan

Selain mengharapk­an skil, segelintir pemain bola sepak tempatan dan pihak tertentu yang berkait dengan sukan itu didakwa mengupah ‘bomoh import’ demi memastikan impian bergelar juara terutama dalam perlawanan tumpuan atau final menjadi kenyataan.

Khidmat bomoh import yang menggunaka­n ilmu hitam itu bukan saja bertujuan menjadikan ayam tambatan sesebuah pasukan kelihatan menggerunk­an.

Malah, ada juga yang menggunaka­n sihir terhadap pemain pasukan lawan agar menjadi longlai dan hilang fokus ketika beraksi di padang.

Khidmat bomoh import dari negara jiran turut ditagih supaya ‘senjata mistik’ mereka kekal ampuh dan acara ritual perbomohan akan dilaksanak­an terutama menjelang perlawanan penting.

Ritual seperti menabur beras untuk melemahkan lawan biasanya dilakukan di penjuru padang dan tiang gol.

Dakwaan ini bukan kisah dogengan bola sepak tempatan kerana beberapa pemain tempatan yang ditemui mengesahka­n perkara itu, malah mereka turut menempuh pengalaman aneh dan mistik ketika beraksi di atas padang akibat disihir.

Sihir digunakan menyebabka­n pemain terutama penyerang menjadi tidak bermaya malah, ada juga mendakwa mereka tidak dapat melihat tiang gol sekali gus hilang fokus ketika mengasak kubu lawan.

Amalan syirik itu bukan perkara baru dalam arena bola sepak tempatan malah ia sudah berlaku sejak era 1970-an dan berterusan sehingga sekarang.

Perkara itu turut didedahkan oleh beberapa pemain bola sepak negara yang pernah menjadi tunjang bagi pasukan beraksi dalam liga tempatan.

Bagi mereka amalan tahyul mengharapk­an bantuan jin atau makhluk halus itu sudah menjadi asam garam terutama setiap kali perlawanan penting atau final.

Antara pemain tampil berkongsi pengalaman mereka akibat disihir adalah bekas kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi, 36.

Katanya, dia pernah berasa lemah semangat dan menjadi tidak bermaya secara tiba-tiba sebaik kakinya memijak padang.

Memperinci­kan kejadian itu, Badhri berkata, kejadian itu berlaku ketika perlawanan suku akhir Piala Malaysia beberapa tahun lalu.

Badhri atau lebih mesra dengan panggilan Piya berkata, dia tidak menolak bahawa ada pihak tertentu yang menggunaka­n ilmu hitam atau menggunaka­n khidmat bomoh supaya pemain lawan menjadi lemah serta hilang tumpuan ketika perlawanan berlangsun­g.

“Penggunaan ilmu hitam serta sihir ini lebih kerap digunakan ketika perlawanan penting dan setiap kali saya berdepan dengan keadaan itu, kami lebih berhati-hati dan hanya berserah kepada Allah SWT.

“Mungkin bagi segelintir pihak apa yang saya kongsi ini sebagai karut namun dalam kalangan pemain bola sepak ia sudah jadi asam garam.

“Kami kena tahu macam mana mahu berdepan situasi ini selain menandingi skill pemain lawan,” katanya.

Piya, mendakwa pada saingan liga pula, perkara berkenaan berulang namun tidaklah kerap dan kebiasaann­ya hanya membabitka­n pemain tonggak dalam sesebuah pasukan.

“Pernah rakan sepasukan tidak nampak gol dan akibatnya bola tersasar jauh situasi itu kelihatan seolah-olah pemain hilang fokus. Perkara ini juga berlaku ketika mengambil sepakan penalti,” katanya.

Berikutan itu sebelum ke padang dia akan mengambil wuduk dan mengamalka­n bacaan ayat suci al-Quran.

Selain Piya, pemain tengah pasukan Selangor, Syahmi Safari, 20, turut tampil berkongsi pengalaman aneh dilaluinya.

Katanya, dia pernah melihat kelibat lembaga sedang bertenggek pada lampu limpah stadium ketika perlawanan Liga Super awal tahun lalu, sekali gus menjejaska­n tumpuannya untuk beraksi sepanjang 90 minit permainan. “Saya masih ingat lagi ketika bermain secara tiba-tiba ada ‘sesuatu’ di lampu limpah yang mengganggu kami untuk fokus mencipta jaringan.

“Tindakan tidak bertanggun­gjawab itu mungkin membabitka­n peminat fanatik apabila sanggup melakukan apa saja bagi memastikan pasukan bola sepak yang diminati memenangi perlawanan,” katanya.

Syahmi yang juga pemain kebangsaan menganggap perkara terbabit bukanlah masalah besar kerana yang penting adalah keupayaan pemain terbabit beraksi di padang.

“Jadi bagi mengatasi gangguan mistik ini pemain beragama Islam akan membaca doa,” katanya.

 ?? Dr Abdul Rahman Osman ?? “Biar dalam apa juga keadaan kita sebagai umat Islam perlu memohon pertolonga­n kepada Allah dan jika dalam sukan, kita perlu berlapang dada dengan keputusan dan percaya setiap yang berlaku sudah ditakdirka­n”
Dr Abdul Rahman Osman “Biar dalam apa juga keadaan kita sebagai umat Islam perlu memohon pertolonga­n kepada Allah dan jika dalam sukan, kita perlu berlapang dada dengan keputusan dan percaya setiap yang berlaku sudah ditakdirka­n”
 ?? Khalid Ali ?? Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah ketika perlawanan penting merebut piala sekitar 1970-an apabila secara tiba-tiba lampu limpah stadium terpadam untuk beberapa saat”
PIYA
Khalid Ali Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah ketika perlawanan penting merebut piala sekitar 1970-an apabila secara tiba-tiba lampu limpah stadium terpadam untuk beberapa saat” PIYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia