Harian Metro

Suspek reman kes langgar lari dilepas

-

Putrajaya Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengarahka­n suspek utama kes langgar lari kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Shaftsbury Square, Cyberjaya, minggu lalu dilepaskan daripada tahanan reman serta-merta.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab

Karim Ab Rahman yang membenarka­n permohonan semakan terhadap perintah reman membabitka­n suspek turut memerintah­kan dua lagi rakan suspek yang juga direman dilepaskan sebelum jam 5 petang ini.

Dalam penghakima­nnya, Ab Karim berkata, mahkamah mendapati permohonan yang dibuat bagi perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan tidak menunjukka­n suspek dilepaskan dulu daripada tahanan reman terdahulu dan ditangkap semula.

“Ini menjadikan permohonan reman itu sambungan kepada reman kedua yang menyalahi Seksyen 117 (2), Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), ditambah lagi majistret tidak beri apa-apa sebab penahanan (reman). Ini bertentang­an dengan

Seksyen 117 (7) KPJ.

“Dengan ini, mahkamah menyemak perintah yang dibuat Mahkamah Majistret Sepang dan ketiga-tiga suspek dilepaskan serta-merta sebelum jam 5 petang ini,” katanya.

Terdahulu, enam peguam iaitu Dinesh Muthal, Jeremy Yinesh, Mohd Redzuan Mohd Yusof, Mehnagna Luckhmana, Nur Siti Fairuz Roslan dan Luqman Mazlan yang mewakili ketiga-tiga suspek itu membuat permohonan semakan terhadap perintah reman membabitka­n anak guam mereka.

Sebelum ini, suspek utama iaitu warga Libya berusia 23 tahun itu serta dua rakannya, lelaki warga Yamen, 22, dan lelaki warga Libya, 20, direman lima hari bermula Selasa lalu.

Semua suspek direman mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 19 Oktober lalu, semua suspek terbabit ditahan di dua lokasi berasingan dan direman selama empat hari mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian langgar lari itu, mangsa, Wan

Amirah Wan Alias, 31, parah dirempuh dan diseret kereta Hyundai di hadapan bangunan kedai Shaftbury Square, Cyberjaya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, jam 4 pagi keesokan harinya.

Kereta suspek turut merempuh kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.

 ??  ?? PEGUAM, Mohd Redzuan (kanan) dan Dinesh (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
PEGUAM, Mohd Redzuan (kanan) dan Dinesh (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia