SINOPSIS TV
Pak Yusof penulis khat termasyhur mula berasakan sudah tiba masanya Husin meneruskan perniagaan yang diusahakannya. Pak Yusof minta Husin membantunya menyiapkan tulisan khat yang ditempah pelanggan tetapnya, Hatta.
Namun, Husin tolak pelawaan Pak Yusof kerana dia sudah dapat kerja baru di bandar. Pak Yusof terpaksa siapkan tulisan khat itu sendirian. Dalam diam, Pak Yusof rasa sedih apabila anak lelaki harapannya langsung tidak berminat meneruskan legasi penulisan khat.
Di pejabat, Husin dikejutkan dengan panggilan daripada isterinya, Aminah yang memaklumkan Pak Yusof tidak pulang ke rumah. Selepas puas mencari, Husin menemui Pak Yusof di perhentian bas dalam ketakutan.
Pak Yusof lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Husin yang menyangka Pak Yusof terlalu penat, tidak bercadang membawa Pak Yusof ke hospital.
Pelakon: Eman Manan, Shukri Yahaya, Mia Ahmad dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Mengisahkan kehidupan yang terpaksa dilalui sepasang suami isteri yang menghidap sindrom Down. Rizman dan Qaseh berkahwin selepas berkenalan ketika mengikuti kursus bagi individu yang ada sindrom Down.
Bagi menyara keluarga, Rizman bekerja di bengkel milik Hisyam. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Sayang. Bagaimanapun, Rizman terkorban dalam satu kemalangan ketika berjalan ke bank.
Selepas peristiwa itu, Sheila, adik kepada
Qaseh tiba-tiba datang ke rumah. Rupa-rupanya, mereka dapat tahu Rizman membelikan insurans bernilai RM500,00 untuk Sayang tanpa pengetahuan Qaseh. Sheila kemudian menyatakan dia lebih layak menjaga Sayang kerana kekurangan Qaseh.
Pelakon: Ruminah Sidek, Faizal Hussein, Rozita Che Wan dan Aishah Ilias. Yasmine jatuh cinta dengan Adi, jaguh dan juara silat antarabangsa yang sudah pulang ke Brunei. Adi bagaimanapun lebih suka kepada Dewa. Yasmine percaya jika mahu mendapatkan perhatian Adi, dia perlu menyertai pertandingan silat.
Yasmine terpaksa mendaftar di sekolah baru dan menjadi ahli biasa sebuah kelab silat. Yasmine sukar mendapatkan jurulatih dan terpaksa menyembunyikan aktiviti itu daripada pengetahuan bapanya.
Apabila rahsia yang disimpan Yasmine terbongkar, bapanya nekad menghalang usaha Yasmine. Namun, semangat yang ditunjukkan Yasmine dan rakannya, bapanya akhirnya memberikan restu.
Pelakon: Mentari De Marelle, Aryl Falak, Jazz Hayat dan Nabila Huda.