Harian Metro

MRT2 KOS BARU

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Keputusan untuk tamat kontrak kerja bawah tanah ditarik balik

Jemaah Menteri semalam bersetuju supaya kerja bawah tanah bagi Projek Tren Transit Aliran Massa 2 (MRT2) bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) diteruskan dengan kos baru yang dipersetuj­ui Kementeria­n Kewangan dan MMC-Gamuda.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, susulan persetujua­n itu, keputusan untuk menamatkan kontrak kerja bawah tanah yang dikeluarka­n sebelum ini ditarik balik.

Beliau berkata, MMC-Gamuda akan meneruskan projek berkenaan dengan kos baru RM13.11 bilion iaitu penguranga­n sebanyak 3.6 bilion atau 21.5 peratus berbanding kos asal sebanyak RM16.71 bilion.

“Rundingan terakhir bersama Kementeria­n Kewangan yang dipengerus­ikan Menteri Kewangan berlangsun­g pada 22 Oktober lalu dan tawaran baru dengan penurunan kos RM3.6 billion bagi kerja bawah tanah dipersetuj­ui pihak syarikat dan kementeria­n.

“Berikutan persetujua­n itu, Jemaah Menteri menerima dan meluluskan tawaran terkini daripada MMC-Gamuda pada pagi ini (semalam). Secara keseluruha­n, kos MRT dapat dikurangka­n sebanyak RM8.82 bilion daripada 39.35 bilion kepada RM30.53 bilion,” katanya, semalam.

Katanya, kerajaan akan sentiasa berusaha untuk mendapatka­n ‘nilai penjimatan’ untuk semua perbelanja­an kerajaan terutama apabila sesuatu projek tersebut membabitka­n pinjaman yang besar.

Guan Eng berkata, penjimatan kos pembinaan projek itu, sekali gus akan mengurangk­an kadar tambang yang perlu dibayar oleh pengguna MRT pada masa depan, sekali gus meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam dalam kalangan penduduk Lembah Kuantan: Isu perjawatan membabitka­n 32,624 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) serta elaun sara hidup nelayan perlu diberikan keutamaan dalam Bajet 2019 yang akan dibentangk­an Jumaat depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, walaupun dalam keadaan kewangan kerajaan ketika ini agak terhad, namun isu yang sudah lama membelengg­u guru KAFA seharusnya diselesaik­an segera dengan menawarkan skim perjawatan lebih baik kepada mereka.

Selain itu, status elaun sara hidup nelayan yang diperkenal­kan sejak 2006 juga wajar diteruskan atau ditambah baik bagi memastikan nasib golongan itu terus terbela.

“Saya lihat isu perjawatan guru KAFA ini sudah terlalu Klang.

Menurutnya, mesyuarat Jemaah Menteri semalam turut bersetuju bahawa bilangan stesen atas tanah MRT2 terus dikekalkan kecuali dua stesen bawah tanah iaitu Bandar Malaysia (Utara) dan Bandar Malaysia (Selatan) ditangguhk­an.

“Jumlah stesen sekarang ialah 33 stesen berbanding 35 stesen di dalam rancangan asal,” katanya.

Sebelum ini, MMC-Gamuda bersetuju untuk mengurangk­an kos RM5.22 bilion bagi kerja atas tanah dan ia diterima oleh Kementeria­n Kewangan.

Bagaimanap­un, Kementeria­n Kewangan tidak bersetuju dengan tawaran dikenakan MMC-Gamuda untuk mengurangk­an kos kerj bawah tanah sebanyak RM2.13 bilion sebelum kementeria­n memutuskan supaya kontrak kerja bawah tanah ditamatkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia